Kebanyakan insiden di luar jangkaan pasti melibatkan kereta jenama tempatan, Myvi. Lihatlah antara kemalangan yang berlaku pada bulan Januari lepas apabila kereta Alphard terbalik selepas dilanggar Myvi dari belakang dan keadaan kereta Myvi pula hanya kemek bahagian depan.
Namun, lain pula terjadi pada sebuah pita rakaman dari kamera tertutup yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita membawa kenderaan Myvi membantu individu berkerusi roda.
Lebih membuatkan warganet kagum lagi apabila wanita tersebut bukan saja menolak tapi memberi tumpang kereta untuk membawa ke destinasi yang ingin dituju oleh individu berkerusi roda tersebut.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1369988879009292288
Menjengah ruangan komen, rata-rata memberi penghormatan terhadap pemandu Myvi tersebut dan ada juga yang mendoakan agar kebaikannya hari ini akan dibalas.




Harap lebih ramai lagi individu yang baik hati diluar sana tidak kira la sama ada pakai kereta tempatan atau luar negara.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tidak Mahu Rakan Kantoi, Ahli Grup Myvi Yakinkan Harga ‘Trade-In’ Rim Enkei Itu Murah
“Dah Langgar, Nak Lari!” – Polis Berjaya Tahan Pemandu Myvi Merah
Sumber: twitter