Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan kita masih lagi belum menang. Oleh itu, kita tidak seharusnya leka dan abaikan standard operating procedure (SOP). Walaupun kes harian dilihat semakin menurun, petugas barsan hadapan belum boleh tarik nafas lega kerana masih ramai perlu dapatkan rawatan dan menjalani kurantin untuk hentikan rantaian Covid-19.
Minggu lalu, seorang wanita mendakwa dia dihidangkan makanan yang mengandungi daging babi semasa dia sedang menjalani kuarantin Covid-19 di sebuah hotel di Perak. Perkongsian wanita tersebut di Facebook telah mendapat banyak perhatian termasuk juga pihak berkuasa. Berita itu dikongsi oleh wanita yang bernama Brenthavani Regunathan pada Jumaat, 12 Mac 2021.
Menurut perkongsian tersebut, Brenthavani pada mulanya terkejut apabila hidangan makan malam yang terima disangka ayam rupa-rupanya daging babi. Brenthavani mendakwa kebanyakan makanan yang disediakan tidak berlabel lalu Brenthavani pergi tanya sendiri kakitangan hotel terbabit dan mereka telah memberi jaminan hidangan berkenaan ialah ayam.

Tambah Brenthavani, selepas kejadian dia terus bertindak menghantar mesej pihak bertanggungjawab tetapi tiada maklum balas justeru itu dia turun untuk menemui penyambut tetamu untuk memaklumkan perkara tersebut namun dia telah menerima layanan tidak sewajarnya daripada pihak hotel. Brenthavani yang bukan beragama Islam itu mendakwa dia telah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel berkenaan.
Sementara itu, menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara Perak, Khairul Ridzuan Mat Said, pihaknya sedia maklum dengan isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Jelasnya, segala urusan berkaitan makanan, penginapan dan keperluan asas penghuni di pusat kuarantin adalah tanggungjawab di bawah agensi terlibat. Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku salah faham apabila pengadu seorang vegetarian dibekalkan makanan tersebut.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Anak-Anak Tak Mengadu, Makan Apa Sahaja” Permaisuri Buka Cerita Kuarantin
Nak Bawa Apa Sekiranya Kena Kuarantin Di MAEPS? Ini Antara Persiapanya
Sumber: Sinar Harian