Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Maaf Ya Tuan Rumah, Saya Dah Hulur Duit..” Gadis Ini Malu Silap Datang Majlis Orang

today16 March 2021

Background

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan PKP Pemulihan dan Bersyarat disambung, sana sini ada kenduri. Setiap minggu dihiasi dengan majlis kenduri yang sudah lama tertangguh dek PKP dan pandemik COvid-19 yang masih berlaku di Malaysia. Tetapi, beberapa syarat telah dilonggarkan oleh kerajaan untuk memastikan ekonomi negara stabil. Satu kisah mencuit hati tentang seorang gadis hadir ke sebuah majlis kenduri telah menarik perhatian warganet.

Perkongsian gadis bernama Maria di TikTok telah mendapat hampir 900 ribu tontonan oleh pengguna TikTok. Video Maria mengisahkan dirinya tesalah hadir ke satu majlis resepsi yang disangka majlis kawannya tetapi rupanya ia majlis orang lain! Lebih memalukan apabila dia sudah hampir habis makan sepinggan hidangan lauk kenduri, baru dia sedar bahawa itu bukan majlis kawannya.

@mariaasrenMacm mama boleh pergi salah wedding eh?♬ original sound – Ciikreena

Menerusi video yang dikongsikan Maria, dia bersama rakannya difahamkan telah hadir ke sebuah majlis yang disangkakan majlis seorang rakan mereka. Namun dia hanya menyedari mereka telah tersalah majlis selepas menghampiri pelamin untuk mengambil gambar. Sementara itu, di dalam videonya juga menunjukkan satu tangkap layar mesej Maria bersama rakannya yang lain berkongsi gambar pengantin tetapi mereka sedari yang itu bukan rakannya.

Video tersebut ternyata menghiburkan orang ramai malah ada dikalangan mereka juga berkongsi bahawa mereka pernah menghadapi perkara sama. Mungkin inilah akibatnya apabila sudah lama tidak hadir ke majlis dan sudah lama tidak keluar rumah.. Hiks!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elakkan Datang Majlis Kahwin Dengan Tangan Kosong! ‘At Least’ Bagi Hadiah ‘Rare’ Ni

Sudah Bagi Amaran Jangan Kahwin, Isteri Bertindak Serang Majlis Kahwin Suami

 

 

Sumber: TikTok @mariaasren

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Strategi Mora kekang DNA Jerman

Johor Bahru: Antara sentuhan Latin atau 'DNA' Jerman, taktikal jurulatih mana yang mampu mencorak permainan ampuh bagi memburu kemenangan apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) melayan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok? Pertembungan dua gergasi bola sepak negara ini sememangnya dinantikan peminat bola sepak tanah air dengan skuad Harimau Selatan dibimbing Benjamin Mora manakala Karsten Neitzel kendali Selangor FC. Mora bakal melakukan rombakan kecil barisan pemainnya selepas... Klik untuk […]

today16 March 2021