Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Tak Habis-Habis Kes Mabuk Ni” – Polis Buru Pemandu Wanita Memandu Dalam Keadaan Mabuk

today17 March 2021

Background

Kes kemalangan jalan raya akibat daripada segelintir pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol bukanlah satu kes yang asing di negara kita. Ianya telah berlaku banyak kali sehingga meragut ramai nyawa. Walaupun semua sedia maklum bahawa memandu di bawah pengaruh pengaruh alkohol itu salah dan boleh dikenakan hukuman penjara, namun ia tak menghalang individu tak bertanggungjawab daripada melakukannya.

Terbaharu, satu lagi kes melibatkan seorang wanita yang didapati memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar dua motosikal. Menerusi rakaman video, wanita tersebut dilihat melarikan diri apabila diminta untuk mengalihkan kenderaannya ke tepi jalan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa di Ampang Jaya, Selangor pada jam 12.41 tengah malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pemandu tersebut menghimpit dan melanggar dua buah motosikal sehingga mengalami kerosakan. 

“Kedua-dua penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, hasil siasatan pantas, pihak polis berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun itu dan tangkapan kini sedang dijalankan. Kemalangan yang berlaku itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada mangsa, namun anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Dalam pada itu Mohamad Farouk turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes terbabit tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk membantu siasatan. 

Image via: Facebook

Dalam masa yang sama juga, wargamaya tetap menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai kes pemandu mabuk yang masih belum ada kesudahannya. Ramai merasakan hukuman terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol buat masa ini adalah terlalu ringan. Walaupun kes ini tidak meragut nyawa, ia tetap membahayakan pengguna jalan raya yang lain. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Tular Pasangan ‘Kayangan’ Tunggang Kuda Buat Pesanan Makanan Di Drive-Thru McD

Lagu Aina Abdul Dekat Dengan Jiwa, Netizen Kongsi ‘Semalam’ Mengisahkan Hidup Mereka Juga

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Man City ke suku akhir Liga Juara-Juara

BUDAPEST: Manchester City melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas jaringan awal Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0 di Budapest, dan 4-0 secara agregat. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 March 2021