Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa dengan bersedekah tidak akan buat kita jadi miskin mahal ia sebenarnya boleh menjadi satu punca rezeki yang tidak di sangka. Bersedekah adalah satu amalan kebaikan yang paling mendapat ganjaran yang di sisi Allah SWT. Ada pelbagai cara untuk bersedakah dan antaranya ialah memberi sumbangan berbentuk wang, sumbangan berbentuk makanan atau barangan keperluan dan sebenarnya memberi senyuman juga merupakan satu amalan bersedekah.
Kalau ada duit lebih, anda boleh sahaja memberikan sumbangan yang lebih banyak atau lebih besar seperti wakafkan tanah atau memberi kemudahan penggunaan kenderaan kepada mereka yang memerlukan. Jangan risau, segala bentuk sedekah dipandang tinggi. Baru-baru ini kisah seorang hamba Allah telah menyedekahkan sesuatu yang sangat luar biasa dan belum lagi yang pernah hadapi situasi ini.
Assalamualaikum
.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seorang penyumbang budiman yang telah…Posted by Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan on Sunday, 14 March 2021
Kejadian yang berlaku di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang ini ternyata menarik perhatian warganet apabila akuan Facebook masjid ini telah berkongsi satu berita apabila pihak masjid telah menerima satu bentuk sumbang yang lain daripada yang lain! Sumbangan tersebut adalah dalam bentuk emas iaitu seutas rantai tangan pulut dakap eksklusif dan 1 gram 999.0 goldbar. Pelik tapi ia benar terjadi!
Difahamkan, pihak masjid membuat membuat perkongsian tersebut secara terbuka kenapa mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seorang penyumbang budiman yang telah bermurah. Ia bukanlah satu barang sumbangan yang biasa diterima. Pihak masjid menjelaskan sumbangan tersebut akan disalurkan kepada keperluan anak-anak yatim.
Meninjau keruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan si penyumbang tersebut dan mereka juga mendoakan si penyumbang akan dipermudahkan segala urusan yang diahadapinya. Apapun semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jangan Salah Pilih, Ini 12 Design Gelang Emas Kosong & Padu Anda Kena Tahu
“Siaplah Hang Nanti” – Isteri ‘Cemburu’ Suami Belikan Hadiah Rantai Emas Untuk Kucing Kesayangan
Sumber: Facebook