Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Buat Pertama Kali Di Malaysia” – Ramai Teruja ‘Jejak Rasul’ Kali Ini Papar Kisah Tanah Air Tercinta

today17 March 2021

Background

Ada lebih kurang empat minggu lagi bulan Ramadan bakal mengunjungi kita. Tentu sebagai umat Islam dah tak sabar-sabar nak menjalani ibadah puasa dan pelbagai perancangan sudah direncanakan. Walaupun pandemik COVID-19 masih belum berakhir, namun ia sama sekali tidak menghalang semangat kita untuk menyambut bulan Ramadan. Tambahan lagi, kerajaan sudah mengumumkan Solat Tarawih dan Bazar Ramadan dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Selain dua perkara tersebut yang ramai tak sabar setiap kali tiba bulan Ramadan, sajian rancangan di televisyen sempena Ramadan juga tidak kurang meriahnya. Masih ingat rancangan Jejak Rasul? Itulah rancangan paling popular setiap kali Ramadan yang disiarkan di TV3. Kalau sebelum ini setiap tahun kita akan saksikan sejarah Rasul kita yang diceritakan di tanah Arab, kali ini buat pertama kalinya Jejak Rasul akan paparkan pelbagai kisah yang ada di Malaysia.

Kurang daripada 30 hari, Ramadan bakal menjelma. Jejak Rasul bakal temani anda seperti selalu. Buat pertama kalinya, di Malaysia.” tulis Fedtri Yahya menerusi perkongsian di Twitter.

Fedtri yang juga merupakan pengacara bagi rancangan tersebut juga cukup teruja untuk berkongsi kisah perjuangan ulama dan pemerintah zaman dahulu yang bermatian demi menegakkan syiar Islam di tanah tercinta. Dalam pada itu, rata-rata wargamaya sepertinya sudah tidak sabar lagi dengan Jejak Rasul edisi kali ini. 

Rancangan Jejak Rasul sememangnya sudah dekat di hati penonton, dan kali ini ditambah lagi dengan kisah dan sejarah tanah air tercinta. Apa-apa pun, jangan lupa saksikan Jejak Rasul pada April akan datang. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Habis-Habis Kes Mabuk Ni” – Polis Buru Pemandu Wanita Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Sudah Lima Tahun Cari Jodoh, Jejaka Ini Akhirnya Minta Bantuan Polis Untuk Cari Calon Yang Sesuai

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Woods sambung pemulihan di rumah

Los Angeles: Tiger Woods berkata dia kini menjalani rawatan pemulihan di rumah selepas terbabit kemalangan di Los Angeles bulan lalu. Dalam kenyataannya di media sosial, bintang golf itu berterima kasih kepada pihak hospital yang menjaganya sebelum ini susulan mengalami kecederaan serius dalam nahas jalan raya pada 23 Februari lalu. "Saya gembira beritahu yang saya kini kembali ke rumah dan meneruskan proses pemulihan,'' kata Woods. "Saya bersyukur di atas sokongan semua […]

today17 March 2021