Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Doktor Ini Saran Wanita Ambil 16 Makanan Untuk Elak Penyakit Peranakan

today19 March 2021

Background

Setiap manusia dilahirkan dengan hormon estrogen, progesteron, adrenalin, insulin dan sebagainya. Fungsi salah satu hormon iaitu estrogen adalah merupakan hormon utama khas golongan wanita bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu.

Tapi tahukah anda, hormon estrogen berlebihan mampu mendatangkan mudarat terhadap diri seorang wanita? Sebab itu penting hormon yang seimbang dalam badan setiap wanita.

Menurut Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, jika keadaan ini berlaku, individu itu akan mendapat gejala seperti berat badan berlebihan, keguguran rambut, cepat letih, sukar hamil, jerawat, sentiasa lapar, sindrom ovari polisistik (PCOS) dan sebagainya.

Better treatment for women with PCOS

Sumber: healthcare

Dalam masa yang sama, Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan berkongsi cara mudah untuk para wanita mengelakkan diri daripada mendapat penyakit berikut.

“Para wanita boleh elakkan penyakit ini dengan mengamalkan beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen meningkat.

Antara makanan itu adalah, delima, sayur-sayuran, minyak zaitun, cendawan, anggur, chia seed, oats, buah-buahan, bawang, kunyit, algae, minyak kelapa dara, bawang putih dan berries,” senarainya panjang lebar.

KKM Serbu Klinik Dr Hamid Arshat Kerana Jual Ubat Tidak Berdaftar? | Apa Kata Orang

Melihat pelbagai jenis makanan yang disenaraikan ini, semuanya mengandungi bahan anti-Estrogen dan anti-oksidan. Jika anda mengetahui mana-mana makanan selain dari Dr. Arshat senaraikan ini, boleh amalkan.

Paling penting pastikan ambillah langkah awal untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak Habis-Habis Kes Mabuk Ni” – Polis Buru Pemandu Wanita Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Duduk Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Menangis Dah Penat Masak Tapi Lauk Pula Kena Buang

 

 

 

Sumber: kifarahmedia

Written by: Afiqa Sarif


Previous post