Mungkin masih ada lagi segelintir perusahaan atau perniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro tidak tahu kewujudan Geran Khas Prihatin (GKP).
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan, GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Sumber: TMR
“Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion,” katanya.
Bagi PKS mikro yang berada di Semenanjung Malaysia, bayaran RM1,000 akan diberikan kepada 812,000 PKS membabitkan jumlah RM812 juta.
Manakala penerima di Sabah, seramai 54,000 PKS mikro akan menerima bayaran RM1,000 yang membabitkan jumlah RM54 juta.
Bagi PKS di Sarawak yang tidak terbabit di bawah PKP, 34,000 PKS mikro akan menerima bayaran RM500 dengan jumlah keseluruhan RM17 juta.

Manakala GKP 2.0 diberikan kepada PKS mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan jumlah yang diperuntukkan kerajaan mencecah RM912 juta iaitu peningkatan daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta.
Di bawah GKP 1.0 dan 2.0, PKS mikro menerima bayaran RM3,000 secara one- off.
Bagaimanapun, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Hasrat Ahli Perniagaan Malaysia Ambil Alih Wigan Athletic Tidak Kesampaian
Ahli Perniagaan Malaysia Terlibat Dalam Proses Ambil Alih Wigan Athletic
Sumber: harianmetro