Ada sebab kenapa dalam Islam amat ditegah perbuatan zina kerana ia akan membawa kepada perkara yang menjatuhkan maruah. Ramai yang menjerumuskan diri ke dalam zina yang akhirnya membawa kepada perbuatan menggugurkan kandungan. Namun, sekiranya sudah terlajak perahu, janganlah sampai mengambil keputusan untuk menggugur kandungan dalam perut.
Satu kes yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia, di mana seorang remaja yang berjumpa dengan bomoh untuk menggugurkan kandungan akhirnya menjadi mangsa serakah bomoh yang menawarkan khidmat berkenaan. Ibarat malang berganda buat remaja tersebut sehingga dirinya diperlakukan sebegitu.
Upacara ‘Pindah Janin’
Penuntut sekolah menengah berusia 16 tahun itu dirogol bomoh berkenaan sebanyak tiga kali dalam satu upacara digelar ‘memindahkan janin’ kepada wanita lain pada 18 Mac lalu. Menurut laporan polis, keluarga mangsa menghantar mangsa bertemu bomoh tersebut bagi menutup aib keluarga berikutan remaja itu hamil anak luar nikah yang mana kandungan sudah berusia lima bulan.

Hasil siasatan pula, upacara yang dilakukan bomoh tersebut berlangsung selama seminggu dan mangsa diwajibkan tinggal di rumah suspek dalam tempoh itu. Manakala keluarga mangsa diarahkan pulang ke rumah mereka. Suspek kemudian mula menjalankan upacara itu dengan pelbagai jampi sambil mula merogol mangsa pada Sabtu lalu.
Bomoh tersebut juga dikatakan sangat licik menipu mangsa dengan mendakwa tindakannya itu antara sebahagian daripada upacara itu. Namun, memasuki hari kedua, mangsa dirogol lagi sebanyak dua kali sehingga trauma. Bagaimanapun, rahsia bomoh berkenaan terbongkar selepas penduduk setempat curiga melihat mangsa murung di depan rumah suspek.

Mangsa kemudian membongkarkan apa yang dilakukan oleh bomoh tersebut ke atas dirinya, dan kemudian orang kampung melaporkannya kepada pihak polis. Suspek yang berusia 44 tahun itu berdepan tuduhan di bawah Akta Perlindungan Anak Menjadi Undang-Undang dengan maksimum penjara 15 tahun penjara serta denda maksimum 5 juta rupiah (RM1,425). Memang kejam perbuatan bomoh tersebut sehingga meninggalkan kesan trauma terhadap mangsa.
Baca juga artikel menarik lain:
Beli-belah Pakaian Teman Wanita, Hubungan Bersama Skandal Kantoi Di Tengah Jalan
Spectator Sukan – Rakam Aksi Jurulatih Ketika Perlawanan?
Sumber berita: Harian Metro