Aplikasi TikTok sudah menjadi trend untuk dijadikan hiburan ramai orang sehinggakan ada antara kalangan selebriti digelar Presiden TikTok, Aeril Zafrel dan Ratu TikTok, Nora Danish.
Tidak ketinggalan, pelakon Eina Azman juga kerap membuat TikTok. Hampir setiap hari kandungan TikTok pasti dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Lihatlah baru-baru ini, pelakon berusia 26 tahun memuat naik lagak menari bersama pelakon kacak, Norman Hakim.
View this post on Instagram
Namun, apa yang menjadi perhatian kami apabila pada ruangan komen terdapat soalan yang mencetuskan kontroversi apabila salah seorang pengguna Instagram bertanyakan kepada Eina Azman sama ada adakah suaminya tidak marah membuat TikTok bersama pelakon lelaki lain?
Lihatlah apa yang dijawab Eina. Malah, dia turut menyatakan bahawa mereka tidak menggatal hanya melakukan kerja.

Mungkin masing-masing sudah berkahwin dan masing-masing pun segak dan cantik. Jadi tidak hairanlah jika ada soalan bergini timbul. Paling penting pandai jaga batas.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:
“Baiknya!” – Netizen Puji Eina Azman Hadiahkan Tukang Gaji Seutas Rantai
Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose
Sumber: instagram