Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Nak Nangis Tengok..” Warga Emas Dilarang Masuk Mall Sebab Takut Susahkan Orang

today26 March 2021

Background

Tular videonya di TikTok, seorang warga emas yang dikatakan telah dilarang daripada memasuki sebuah pusat membeli-belah mendapat perhatian ramai netizen. Perkongsian tersebut dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Fida Rosly. Fida menyatakan bahawa warga emas tersebut tinggal sendirian dan dia sanggup menaiki bas seorang diri datang ke pusat membeli-belah itu hanya kerana teringin nak makan di restoran kegemarannya.

Tambah Fida, dia tidak sampai hati melihat keadaan warga emas itu lalu dia bertindak untuk berbincang dengan pengawal keselamatan yang bertugas di pusat membeli-belah itu. Fida bagaimanapun terkejut apabila mendengar alasan yang diberikan oleh pengawal keselamatan itu dan merasakan ia satu alasan yang agak tidak munasabah. Menurutnya, warga emas berkenaan dilarang masuk hanya kerana tiada yang memantau dan dikhuatiri menyebabkan kesukaran jika berlaku sebarang perkara tidak diingini terhadap dirinya.

@fidaroslyUncle ni tak boleh masuk mall. Guard cakap takut dia jatuh, so susah. Sejak bila warga emas x bole masuk mall eh? Kesian uncle??

♬ Kolybel naya – fiisayap?

Setelah mereka dibenarkan masuk ke dalam pusat membeli belah berkenaan, Fida telah menemani warga emas itu menaiki lif. Dalam perkongsian tesebut, jelas melihat Fida sempat menghulurkan sedikit wang belanja buat warga emas itu.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti warganet meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui alasan yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan di pusat membeli-belah terbabit. Sementara itu, ada juga beberapa warganet memuji kebaikan Fida kerana sudi menolong dan mendoakan agar warga emas itu berada dalam keadaan selamat sentiasa.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Warga emas, kanak-kanak elak ke stadium

Warga emas ditemukan mati dipercayai digigit haiwan

 

Sumber: TikTok @fidarosly

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Fashion Show Leeyanarahman Kena Kecam

Rata-rata netizen merasa marah dan tidak sangka masih ramai yang membeli produk Leeyanarahman walaupun hampir setiap tahun brand itu dikatakan mempunyai isu baju dan servis yang bermasalah.Malah, ramai yang membandingkan Leeyanarahman dengan jenama international seperti Gucci dan Prada yang hanya membuat fashion show melalui virtual saja kerana mengambil langkah berhati-hati dengan keadaan sekarang.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

today26 March 2021