Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Spekulasi Nonny Nadirah Buka Tudung, Mila Jirin Minta Nonny Terus Kuat Dan Ingat Allah!

today26 March 2021

Background

Nama Nonny Nadirah semakin hangat menjadi sebut warganet sejak malam tadi apabila Nonny memuat naik satu perkongsian gambar yang menampilkan sosok seorang wanita berpakaian seksi tanpa memperlihatkan wajahnya. Gambarnya yang seblum ini sudah dipadamkan dan ruangan komen telah ditutup oleh Nonny. Pada mulanya ramai menjangkakan akaun Instagram pelakon tersebut telah digodam kerana Nonny merupakan antara selebriti yang sudah berhijab.

Situasi ini juga telah menjadi tanda tanya buat sahabatnya yang merupakan seorang selebriti, Mila Jirin. Difahamkan Mila dan Nonny merupakan kawan baik di luar industri dan ia membuatkan Mila meluahkan rasa sedih mendengar ujian yang diterima pelakon itu di Instagram miliknya.

Mila menceritakan dia terus menelefon sahabatnya itu setelah panik melihat perkongsian Monny di Instagram Nonny. Tambah Mila, dia menerima berita ini dari suaminya dan terkejut serta tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Selepas Mila menelefon sendiri Nonny, dia mendapat khabar yang sangat mendukcitakan. Oleh itu, dia berharap sangat supaya sahabatnya itu membuat pertimbangan semula dengan keputusannya itu.

Terkini perkongsian baru Mila menyatakan semalam Nonny telah meminta Mila untuk doakannya dan menurut Mila hari ini ramai sangat yang memberikan komen yang baik dan mendoakan semuanya dipermudahkan malah ada yang memberi pesanan mesej di Instagram meminta Mila menarik kembali Nonny kembali ke jalan yang benar.

Setakat ini, Nonny Nadirah belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. Namun begitu, gambar-gambar sebelum ini telah tiada di akaun Instagramnya dan hanya tinggal gambar seorang wanita seksi tanpa menampakkan wajah di laman sosial miliknya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Pakai Tudung Tapi Bersentuh, Lain Macam!” – Fiza Halim Tak Jaga Batas Dengan Saiful Apek

Kongsi Video Tutorial Pakai Tudung, Fathia Latiff Dipuji Netizen

 

 

 

 

Sumber: Mila Jirin

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Tular Video Budak Lelaki Ini ‘Buat-Buat Tidur’ Lepas Dah Sepahkan Bedak Atas Sofa. Comel!

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih 1.7M tontonan, 165.8K tanda suka dan 14.3K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak lelaki tersebut.Malah, ramai pula yang memuji bakat lakonannya itu kerana mampu bertahan berpura-pura tidur sambil duduk selama seminit.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

today26 March 2021