Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Mengandung Ke Tu?” – Siti Sarah Kongsi Pengalaman Susah Senang Hidup, ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian

today26 March 2021

Background

Tidak semua dilahirkan dalam keluarga yang senang. Ramai yang kini sudah berjaya adalah hasil kepayahan mengharungi kesusahan demi mendapatkan kehidupan yang lebih senang. Hal ini juga tidak terkecuali kepada golongan artis yang membesar dengan kepayahan hidup sehinggalah berjaya. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Siti Sarah Raissuddin berkongsi pengalaman mengenai kehidupannya terdahulu yang penuh cabaran.

Menurut Siti Sarah, 37 tahun, dahulunya dia hanya tinggal di kawasan perumahan yang sederhana sahaja dan tidak hidup dalam kemewahan. Dibesarkan di Keramat, Kuala Lumpur, Sarah mengakui di situlah tempat dia menetap semasa awal-awal membabitkan diri dalam dunia hiburan. Semuanya bermula dari bawah.

Berkongsi lanjut, Ayahnya yang juga merupakan seorang anak seni terjejas teruk pendapatannya sewaktu krisis kewangan tahun 1997. Tidak ada kerja sehingga sanggup pergi belajar membuat roti canai dan kemudian menjualnya. 

“Sarah ingat lagi, pagi-pagi sebelum ke sekolah, kami adik-beradik akan bangun seawal 5 pagi untuk tolak troli (buat sendiri) ke tapak perniagaan. Lepas selesai buka kedai, baru siap-siap mandi dan ke sekolah.” tulis Sarah. 

Menceritakan saat pertama dia mula menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, Sarah berkata dia sangat suka bernyanyi. Dia akan bernyanyi apabila marah, sedih dan nyanyian dijadikan sebagai tempat luahkan perasaan. Sehinggalah pada satu hari, ibunya memberitahu tentang satu pertandingan nyanyian yang boleh dimasukinya. 

Walaupun perkongsian tersebut hanya menyentuh mengenai kisah hidup Sarah sebelum ini, mata tajam wargamaya tetap tidak terlepas apabila ada yang mengatakan Sarah kini sedang mengandung. 

Memang tajam betul pandangan mata wargamaya ini. Namun Siti Sarah dalam ruangan komen tidak menafikan apabila ditanya tentang hal tersebut. Apa-apa pun kita doakan semoga Siri Sarah bersama suami dan keluarga tercinta akan terus berjaya dan dipermudahkan urusan. 

Baca juga artikel menarik lain:

Dikhabarkan Berubat Sampai Ke Amerika, Nia Ramadhani Kini Semakin Pulih Dan Sudah Boleh Ketawa

“Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Persaingan Kompetitif Di Pertahanan Kanan, Komunikasi Amat Penting Cari Keserasian

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pemain pertahanan skuad kebangsaan Malaysia, Syahmi Safari dalam sesi temubual ringkas hari ini menyatakan bahawa kehadiran beberapa pemain diposisi pertahanan kanan akan mewujudkan satu persaingan yang kompetitif yang akan memberikan impak kepada pasukan khususnya. Selain itu beliau juga turut menjelaskan bahawa, ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe turut mencuba untuk meletakkan beliau diposisi... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today26 March 2021