Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan, Barang Hantaran Tak dapat Diselamatkan

today29 March 2021

Background

Hati siapa je yang tak luluh bila tengok persiapan majlis kita untuk hari penuh bahagia musnah dalam sekelip mata. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang menginginkan sesuatu yang buruk berlaku sewaktu hari majlis sepatutnya berlangsung. Namun, insiden malang tetap tidak boleh dapat dielakkan daripada berlaku. Itulah yang terjadi kepada sebuah ahli keluarga di Batu Pahat ini apabila rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung.

Rumah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung

Batu Pahat: Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, March 28, 2021

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan jurugambar majlis pertunangan tersebut, Izzat Syafaat Ismail, 29 tahun, sewaktu tiba di lokasi dia melihat api sudah mula marak dan membakar rumah berkenaan dalam kadar yang cepat. Menurutnya lagi, keadaan agak kelam-kabut ketika itu dan ahli keluarga berkenaan tidak sempat selamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.

“Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana mahu menyelamatkan kereta yang diparkir berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca,” katanya menceritakan insiden malang berkenaan. 

Sementara itu, laporan terbaharu mendapati majlis pertunangan tersebut masih diteruskan dengan hanya menyarung cincin sahaja. Menurut Nur Hidayah Jahurin, 20 tahun, walaupun rumahnya hangus dijilat api, majlis ringkas itu tetap diteruskan bersama pasangannya, Mohd Sahril Sairin, 30 tahun, di rumah saudaranya yang terletak bersebelahan rumah pusaka berusia 100 tahun yang hangus terbakar itu.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Menurutnya, mereka melakukan majlis itu ala kadar berikutan semua barang termasuk pelamin, barang hantaran dan makanan untuk tetamu turut hangus. Katanya lagi, mereka sekeluarga reda dengan ujian yang menimpa dan mungkin ada hikmahnya dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api. Punca kebakaran serta anggaran kerugian pula dikatakan masih dalam siasatan.

Baca juga artikel menarik lain:

Penggal Kepala Bapa Dan Berarak Keliling Kampung Sebab Tak Bagi Izin Kahwin Gadis Pilihan

Kerajaan Belanda Anjur Konsert Semasa Pandemik COVID-19 Masih Belum Berakhir…

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Tan Cheng Hoe

Sukan

Tan Cheng Hoe Kagum Dengan Prestasi Ditampilkan Pemain Muda

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kagum dengan prestasi yang ditampilkan oleh tiga pemain muda dalam kem latihan pusat yang berakhir pada 28 Mac lalu. Dalam kem latihan pusat kali ini, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain muda iaitu Luqman Hakim, Rahadiazli Rahalim serta Ramadhan Saifullah dan pengendali berusia 52 tahun ini nyata berpuas hati dengan prestasi yang […]

today29 March 2021