Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kita Pun Boleh Jadi World Class” – Pertama Kali Jadi Muka Hadapan Majalah Vogue, Yuna Kongsi Kisah Di Hollywood

today30 March 2021

Background

Yunalis Mat Zara’ai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, boleh dikatakan antara artis Malaysia yang berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Bukan biasa-biasa sampaikan selebriti terkenal di Hollywood seperti Usher dan Rihanna turut mengenali Yuna dan mengagumi bakatnya. Terbaharu, Yuna berkongsi gambar terbaharunya di Instagram yang memaparkan dirinya sebagai muka hadapan bagi majalah Vogue.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Sementara itu, di ruangan kapsyen pula, Yuna berkongsi pandangan mengenai orang-orang di Asia Tenggara yang menempa nama di persada dunia, terutamanya di Hollywood. Menurut Yuna, sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik antarabangsa, beliau sering mencuba untuk membuktikan bahawa dirinya juga berbakat seperti artis Hollywood lain. Katanya, mereka yang datang dari negara-negara Asia Tenggara juga mampu menjadi hebat dalam apa yang dilakukan.

“Wanita dari Asia Tenggara kadang-kadang mendapat sedikit atau tidak mendapat langsung pengiktirafan selepas penat berusaha dalam industri, hanya kerana kami datang dari negara Asia, ataupun berkulit gelap,” ujar Yuna.

Bagaimanapun, sekarang dunia hiburan mula mengenali bakat yang datang dari negara-negara lain terutamanya dari Asia Tenggara, serta keunikan budaya kita. Bagi Yuna, adalah sangat penting untuk kita turut terlibat dalam menceritakan kisah kita dan tidak membiarkan kisah budaya kita diceritakan mengikut adunan mereka.

“Tidak kira dari sekecil kampung mana pun kita datang, kita mampu untuk mencapai kejayaan yang kadang-kadang dilihat seperti mustahil. Kita boleh berjaya di persada dunia,” tambah Yuna lagi. 

Dalam pada itu, Yuna turut berkongsi pengalamannya yang sering mendapat pelbagai reaksi daripada orang luar hanya kerana dirinya datang dari Asia Tenggara dan dari Malaysia. Menurut Yuna, orang di luar masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap masyarakat di Asia Tenggara. Jadi peluang menjadi muka hadapan bagi majalah Vogue digunakan Yuna untuk menyampaikan kisahnya. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Kereta-Kereta Proton Yang Pernah Muncul Dalam Filem Dan Rancangan TV Luar Negara

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post