Masih ingat lagi dengan legenda bola sepak dari Brazil ini? Selain kehebatan menggelicik bola dan menjaringkan gol, antara yang menjadi perhatian terhadap pemain ini adalah gaya rambutnya yang unik. Itulah Ronaldo, pemain posisi penyerang bagi negara Brazil yang popular sekitar awal tahun 2000-an. Beliau tampil hebat dalam semua kejuaraan ketika Brazil berjaya ke temasya sukan di Jepun dan Korea Selatan pada 2002.

Bagaimanapun, ketika final menentang Jerman, beliau memutuskan untuk mencukur sebahagian rambutnya. Selepas hampir 20 tahun, akhirnya pemain yang lincah di atas padang itu mengakui bahawa potongan rambutnya pada final Piala Dunia 2002 bukanlah perkara yang bijak untuk dilakukan. Ada tak antara kawan-kawan anda yang pernah buat gaya rambut ala Ronaldo satu ketika dahulu?
Ronaldo turut mengakui bahawa gaya rambut tersebut sememangnya tidak cantik. Namun, beliau tetap merasakan ianya adalah sesuatu yang lucu untuk dilakukan.
“Saya meminta maaf kepada semua ibu yang melihat anak mereka mendapatkan potongan rambut yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta maaf kepada ibu bapa yang terpaksa melihat anak-anak mereka meniru gaya rambutnya pada tahun 2002. Gaya rambut itu bukan sahaja di Brazil, malah sangat terkenal di seluruh dunia sehingga ramai kanak-kanak yang mengenakan gaya rambut tersebut pada waktu itu.

Di sebalik kegilaan gaya rambut Ronaldo, beliau turut mendedahkan bahawa potongan itu dilakukannya bagi mengaburi tumpuan orang ramai daripada bercakap mengenai kecergasannya ketika itu. Beliau dilaporkan mengalamai kecederaan ringan di otot ketika kemenangan aksi separuh akhir menentang Turki. Maknanya, bijaklah juga Ronaldo berjaya alihkan perhatian wartawan daripada bercakap tentang rambutnya.
Baca juga artikel menarik lain:
Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia
Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut
Sumber daripada: Daily Mail