Penggunaan media sosial semakin meningkat naik terutamanya apps seperti Tiktok dan Instagram di kalangan anak muda berumur sekitar 16 tahun ke atas. Rata-rata di antara mereka membuat pelbagai content yang mampu untuk meraih perhatian orang ramai. Namun, ada juga di antara mereka yang benar-benar berbakat menjadi content creator sehingga dikenali sebagai instafamous. Bila semakin dikenali ni, banyak la peluang untuk berlakon yang diterima daripada stesen TV dan produser drama di Malaysia. Hebat ya!
Bagaimanapun, pelakon tersohor tanah air, Rusdi Ramli meluahkan rasa kecewa apabila ramai di kalangan pelakon baru yang tak beramah mesra bersama pelakon-pelakon lain apabila di set penggambaran. Bukan senang nak dapat peluang untuk berlakon dengan selebriti hebat seperti Rusdi, sayang kalau pelakon baru melepaskan peluang untuk menimba ilmu pasal lakonan. Sedikit sebanyak input yang diberi daripada senior boleh membuat si junior lebih mahir dalam bidang lakonan tau.

Diorang datang, dengan handphone masing-masing, tak bercampur, tak bertanya.
Sepanjang 33 tahun Rusdi berkecimpung dalam industri seni yang semakin berkembang ini beliau berkata batch pelakon baru pada 10 tahun yang lalu sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan pelakon baru dalam industri pada masa kini. Persoalannya di sini, kalau pelakon baru tak bergaul dengan pelakon senior, macam mana mereka nak bekerjasama dalam drama atau filem tersebut?

Cara bekerja tu suka hatilah. Janji di dalam set, masa kita bekerja tu, buatlah kerja. Pasal kita dibayar, kita bukan volunteer..
Di tanah air kita ni ada ramai pelakon-pelakon yang hebat. Mereka dulu pun pelakon BBNU juga tapi dek kerana sikap merendah diri dan keinginan untuk belajar, mereka adalah pelakon yang hebat. Antara pelakon-pelakon hebat ialah Nabila Huda, Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Fauziah Nawawi, Sharifah Amani dan ramai lagi. Ha, siapa lagi pelakon-pelakon hebat kegemaran anda?


Penulis: Aqilah Paharuzi
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Bakal Buat 3 Majlis, Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Terhadkan Tetamu Demi Jaga SOP
Sumber: Mstar