Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Lofa Buka Chatime Atas Gunung Ke Naik Cable Car?”- Warganet Pertikai Neelofa Seperti Sedang Berbulan Madu

today2 April 2021

Background

Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan Neelofa dan Haris Ismail sering disebut dan pelbagai kisah mereka semakin tular. Selepas kecoh tentang dakwaan majlis perkahwinannya, kini hangat pula isu selebriti popular Neelofa ke Pulau Langkawi dilihat bukan hanya ke Langkawi untuk urusan kerja malah ia Neelofa dan Haris seperti sedang berbulan madu.

Perkara ini meraih perhatian netizen apabila Neelofa berkongsi video di InstaStory sedang menaiki kereta kabel bersama suaminya Haris Ismail. Menerusi rakaman ‘boomerang’ itu, pasangan tersebut dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi di puncak gunung.

Bagaimanapun, warganet di laman Twitter meluahkan rasa tidak adil dan pertikaikan kenapa Neelofa dilihat tidak seperti sedang ada urusan kerja. Ada juga segelintir daripada mereka mempersoalkan tindakan Neelofa yang mungkin membuka cawangan baru produk minuman tersebut berkonsepkan atas gunung sangat mencurigakan.

Ada seorang warganet telah menyifatkan selebriti yang baru menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith itu tiada sensitiviti kerana soal rentas negeri boleh mengundang emosi rakyat Malaysia. Neelofa sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai seharusnya tahu perkara yang dilakukan bakal mengundang reaksi yang tidak baik daripada warganet. Namun, ada juga yang berpendapat mungkin Neelofa sekadar mahu berkongsi kenangan romantis bersama suami dengan peminatnya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

“Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu ‘Outlet’ Di Langkawi

Sumber: Instagram Neelofa , Twitter

Written by: Adinna


Previous post