Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

today5 April 2021

Background

Maklumlah dunia masih belum reda lagi dengan wabak pandemik COVID-19, jadi setiap apa yang kita lakukan mestilah perlu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Bila kerajaan sudah umumkan bahawa majlis perkahwinan dapat dilangsungkan, maka ramailah pihak yang mengambil kesempatan ini untuk adakan majlis perkahwinan.

Memang kecoh baru-baru ini apabila timbul isu double standard bagi majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh golongan selebriti tetapi dilihat tidak mematuhi SOP. Rata-rata wargamaya menegur mana-mana penganjuran majlis perkahwinan yang gagal mematuhi SOP dan merasakan tindakan itu seperti tidak peka dengan keadaan semasa. Yelah sepatutnya golongan selebriti perlulah tunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai. Bagaimanapun, berbeza pula keadaannya dengan negara jiran kita apabila melihat penganjuran majlis perkahwinan mereka. 

Baru-baru ini tular perkongsian gambar majlis perkahwinan anak perempuan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti, selesai melangsungkan perkahwinan bersama YouTuber terkenal, Atta Halilintar pada Sabtu lalu. Apa yang menariknya pada majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang menjadi sebagai salah seorang saksi. 

Apa yang menjadi perhatian dalam kalangan wargamaya di Malaysia bagi perkahwinan Aurel Hermansyah dan juga Atta adalah pematuhan SOP yang ditampilkan sepanjang majlis berlangsung. Menurut perkongsian oleh salah seorang pengguna Twitter, semua langkah majlis perkahwinan itu dilakukan tanpa membuka pelitup muka, dan pengantin siap pakai face shield lagi. 

“Pengantin pakai face shield. Memang respect dengan artis dan pemimpin macam ini. Tahniah Indonesia,” ujar pengguna Twitter tersebut. 

Walaupun dalam kalangan wargamaya kita melihat perkara ini sebagai contoh yang baik, wargamaya Indonesia pula adalah sebaliknya. Mereka merasakan masih ada isu double standard dalam kalangan pemimpin terhadap golongan selebriti dan rakyat biasa. Menurut salah seorang pengguna Twitter dari Indonesia, majlis untuk rakyat biasa sukar untuk didapatkan permit, tetapi golongan selebriti mudah dan siap pemimpinnya dapat hadir ke majlis. 

Apa-apa pun, tahniah buat Aurel dan juga Atta atas perkahwinan. Semoga kita semua dapat terus kekal mematuhi SOP sebagai usaha melandaikan kes jangkitan dalam negara. 

Baca juga artikel menarik lain:

Fakta-Fakta ‘Rare’ Tentang Ultraman Yang Ramai Tak Tahu!

Bermula Dengan Kematian Gadis Kecil, Patung Seram Okiku Dikatakan Mampu Tumbuh Rambut

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Lega dapat kembali ke sekolah – pelajar

Ipoh: “Memang lega betul rasa bila dapat masuk belajar semula di sekolah. Saya boleh memberi tumpuan penuh untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Sanat Mifzal Shaharuddin, 16, pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson yang ditemui sempena kemasukan semula pelajar sekolah Tingkatan 1 hingga 4, hari ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 April 2021