Sebuah perarakan besar-besaran yang diadakan di Mesir semalam bagi memindahkan 22 mumia telah mencetuskan satu kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan. Perarakan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan berlakunya ‘sumpahan firaun’. Masih ingat dengan kejadian kapal kontena gergasi Ever Given yang tersangkut di terusan Suez? Menurut penduduk di sana ia mempunyai kaitan dengan sumpahan Firaun.
Menurut laporan Daily Star, kesemua mumia itu terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri, dan ia dipindahkan dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat menerusi acara yang digelar Perarakan Emas. Kesemua mumia dibawa dalam trak kawalan suhu khas yang dipenuhi nitrogen bagi memastikan kesemua mumia tidak rosak.
Perarakan Mumia DiRaja
Mesir pada hari ini mencatat sejarah baharu apabila mumia-mumia yang berada di Muzium Tahrir, Kaherah dipindahkan ke Muzium baru di Fustat, Kaherah.
Meremang woi tengok. Macam manusia hidup dia punya perarakan tu. pic.twitter.com/wBXpkcAqoa
— Budak Kairo (@BudakKairo) April 4, 2021
Walaupun perarakan tersebut di adakan di kawasan awam, kebanyakkan rakyat terpaksa menonton ia menerusi televisyen di rumah kerana laluan ditutup atas alasan keselamatan. Walaupun wargamaya di negara tersebut percaya bahawa pemindahan mayat atau mumia itu akan membawa kepada sumpahan Firaun, perarakan tetap dijalankan. Selain itu, mereka turut berpendapat insiden baru-baru ini termasuk kejadian di Terusan Suez, nahas kereta api dan juga runtuhan sebuah bangunan di bandar mempunyai kaitan dengan pemindahan mumia-mumia Firaun itu.

Bagaimanapun, perarakan tersebut dikatakan sebagai satu penghormatan kepada sejarah dan ketamadunan di Mesir satu ketika dahulu. Tambahan lagi, menurut Salima Ikram, seorang pengkaji ketamadunan Mesir dari American University di Kaherah berkata, apa yang dilakukan semasa perarakan adalah sebagai penghormatan kepada mumia-mumia itu yang terdiri daripada raja-raja Mesir.
Sementara itu, muzium baharu yang dipilih sebagai tempat baharu Firaun ‘beristirehat’ itu adalah untuk mempamerkan mumia-mumia Firaun dengan penuh hormat dan bukannya sebagai satu objek yang menghiburkan seperti pameran di muzium terdahulu. Kesemua mumia ini akan dipaparkan di Royal Hall of Mummies dan dibuka kepada orang awam bermula 18 April ini.
Baca juga artikel menarik lain:
Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis
Sumber berita: Daily Star