Rasanya beberapa minggu kebelakangan ini ramai yang meneka status pelakon dan juga pengacara terkenal, Elly Mazlein yang kelihatan seperti sedang berbadan dua. Bagaimanapun, ketika itu Elly atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tidak mengiyakan khabar angin tersebut.
Mungkin pada ketika itu belum lagi tiba waktu yang sesuai untuk mengumumkan tentang kehamilannya hasil perkahwinan dengan Mohamad Azlan. Bagaimanapun, lewat malam semalam, melalui Instagram rasmi miliknya, Elly akhirnya membuat pengumuman bahawa dia akan menimang cahaya mata baharu.
View this post on Instagram
“InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami. Atuk akan dapat cucu lagi, Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak akan dapat adik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dimulakan dengan ucapan Bismillahirrahmannirrahim, Elly menitipkan rasa syukur terhadap rezeki yang bakal diperolehinya itu nanti. Sementara itu, wargamaya dan juga rakan-rakan artis yang lain membanjiri ruangan komen dengan kata-kata syukur dan juga tahniah.

Dalam masa yang sama, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dari saat getir hinggalah saat menerima perkhabaran gembira ini. Peminat yang lagi juga turut mendoakan agar urusan Elly dipermudahkan. Akhir kata dari Kak Lina Pom Pom? Terjawab sudah segala persoalan mengenai ‘statusnya’ sejak seminggu yang lepas. Tahniah kami ucapkan kepada Elly Mazlein yang bakal mendapat zuriat baharu dalam hidupnya.
Baca juga artikel menarik lain:
[VIDEO] Takut Sumpahan Firaun, Perarakan Besar-Besaran Pindah Mumia Tetap Dijalankan Di Mesir