Kecoh hujung miggu lepas dengan kontroversi mengenai perkahwinan anak perempuan chef selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef Wan. Chef Wan mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya bahawa anaknya, Serina Redzuawan telah bernikah tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, berita tersebut yang disiarkan di surat khabar akhirnya sampai jua ke pengetahuan ibu Chef Wan.
Menurut Chef Wan, pada semalam ibunya ternampak berita mengenai cucunya itu yang sudah selamat bernikah. Selepas Chef Wan menjelaskan perkara sebenar, ibunya dikatakan berasa sedih. Bagaimanapun, Chef Wan memberitahu ibunya bahawa Serina sudah sudah dewasa dan mereka berhak untuk bahagia. Namun, dalam masa sama, Chef Wan memaklumkan beliau sudah mendedahkan perkara sebenar kepada semua pihak.
View this post on Instagram
Baca juga: “Kahwin Di Siam Sebagai Isteri Kedua?”- Chef Wan Luah Rasa Kecewa, Ini Penjelasan Serina
“Saya tidak peduli sedikit pun. Saya telah mendedahkan perkara sebenar agar semua pihak sedar, dan mulai saat ini dia bukan lagi tanggungjawab saya,” kata Chef Wan dalam hantaran di Instagram.
Sementara itu, Chef Wan juga turut meminta anak-anak muda untuk jadikan berita ini sebagai pengajaran supaya tidak membelakangkan mak dan juga ayah, serta tidak bersikap kurang ajar. Pada akhirnya, kita juga yang mendapat malu, katanya. Beliau menyambung lagi nasihatnya dengan menyatakan setiap kesilapan yang dilakukan perlulah diakui dan tidak menyalahkan sesiapa.

Nampaknya itulah kisah sebenar yang didedahkan oleh Chef Wan sendiri, serta sedikit kekecewaannya berhubung isu tersebut. Dalam pada itu, wargamaya yang lain turut memberikan kata-kata semangat buat Chef Wan dan mendoakannya agar kuat mengharungi dugaan ini dan terus bersabar.