Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu isteri kepada usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri dilihat aktif di media sosial dan sering berkongsikan foto dan video bersama anak-anaknya.
Terbaru, Shahida berkongsikan satu video mengenai anaknya Yusof. Menurut kapsyen di posting tersebut Yusof dikatakan hilang lagi di dalam pusat membeli-belah. Ibu bapa mana yang tak lemah jantung bila anak hilang di tempat awam. Nasib baik Yusof berjaya ditemui selepas itu namun, apa yang menariknya dia dijumpai di tempat yang unik. Ha, kemana Yusof pergi sebenarnya?
Baca juga: “Lawa Dan Baik Anak Abby, Tudung Pun Labuh” – Wargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Abby Abadi
View this post on Instagram
Yusof kemudiannya ditemui di satu sudut di ruang pakaian dalaman wanita di dalam pusat membeli-belah tersebut.
“Dekat sini rupanya Yusof, penat mama cari. Jom kita balik.”
Apabila diajak balik dia hanya tersenyum tetapi masih tidak mahu berganjak dari kerusi yang didudukinya. Gelagat Baem, iaitu abang kepada Yusof yang menutup mata sepanjang mereka berada di situ mencuit hati ramai.


Comel betul anak-anak Datin Shahida ni. Sopan santun dan cakap pun lembut. Didoakan semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan semoga Yusof tak hilang lagi lepas ni.
Baca juga: Ini Adalah 3 Nama Lain Bagi Bulan Ramadan
Sumber: Shahida D’Herbs