Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

today19 April 2021

Background

Tahniah TokTi! Penantian yang ditunggu-tunggu bukan sahaja buat pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid sekeluarga malah buat peminat setianya juga. Perkongsian berita gembira ini telah dikongsi secara umum oleh TokTi di Instagram rasminya telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya telah mengucapkan ucapan tahniah buat Dato’ Sri Siti atau lebih mesra disapa Tokti dan keluarga.

Menerusi perkongsian video pendek itu, TokTi menyatakan beliau selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.   Tokti melahirkan puteranya itu pada Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H jam 6.21 pagi.

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ketika ini, TokTi dan bayinya itu berada dalam keadaan baik dan sihat. Menurut Datuk Khalid kelahiran tersebut adalah satu kesyukuran dan beliau sangat gembira isteri tercintanya itu telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Tambahnya,  kesihatan isterinya dan anaknya adalah yang paling utama dan semua proses kelahiran tersebut telah berjalan lancar.

Sementara itu, Tokti dan suaminya sempat menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai. Beliau menyatakan kelahiran anak kedua mereka ini pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya Block Sahaja Akaun Itu..”Aishah Akui Sekat Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza

Sumber: Instagram TokTi

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Bubur anak lebah warisan negeri Perak

Ipoh: Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan namun bubur anak lebah tidak dilupakan masyarakat Perak Tengah sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 April 2021