Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Perlu Siasat Pelajar, Terus Dikompoun RM1500” – YB Syed Saddiq Berang Isu ‘Double Standard’ Masih Berlanjutan  

today20 April 2021

Background

Umum mengetahui kepentingan pemakaian pelitup muka ketika pandemic covid-19 melanda walau di mana pun kita berada. Semalam, tular di media sosial mengenai beberapa pelajar Matrikulasi Perak disaman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak RM1500 dan perlu dilangsaikan dalam masa 2 minggu. Difahamkan, pihak KKM hadir ke Matrikulasi Perak ini untuk melakukan pemeriksaan di cafe dek kerana isu keracunan di cafe asrama itu. Menurut ciapan pelajar Matrikulasi ini, rakannya menurunkan pelitup mukanya untuk mengambil nafas setelah turun dari tangga untuk ke cafe, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia didatangi seorang pegawai KKM dan terus disaman.

Menerusi akaun Twitter YB Syed Saddiq, beliau meluahkan perasaan kecewa dengan pihak KKM kerana isu ‘double standard’ ini masih tiada penghujungnya. “Kalau pelajar, tak perlu buka kertas siasatan. Kompoun terus. Dah banyak kali kita tegur perlaksanaan double standard macam ni. Apa salahnya tegur dulu sebelum kompoun? Apa yang susahnya?” ujar YB Syed Saddiq dalam nada yang geram.

Ada betul juga apa yang beliau katakan, tidak dinafikan sememangnya pelajar-pelajar tersebut melakukan kesilapan kerana melanggar arahan untuk memakai pelitup muka, namun bukankah lebih baik jika pihak berkuasa hanya memberi ‘amaran’ ataupun bertanya terlebih dahulu sebelum memberi surat saman? Kadang kala kita pun boleh rasa sesak nafas apabila memakai pelitup muka terlalu lama dalam keadaan panas, sekadar buka sekejap untuk menghirup udara tidaklah menjadi masalah.

Baca juga: “Mudahnya Bagi Alasan Terlupa Scan..” – Aisar Khaled Di Saman RM1500 Kerana Tidak Scan My Sejahtera

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, rata-rata daripada warganet meluahkan perasaan amarah mengenai isu ini. Pelajar adalah remaja sekolah yang tidak mempunyai saluran dana pendapatan yang setimpal seperti orang berkerja. Menurut warganet, sepertinya masih ada istilah ‘double standard’ di kalangan kita ini lebih-lebih lagi apabila isu usahawan terkenal Neelofa masih tiada apa apa berita mengenai isu ‘kompoun’.

Baca juga: Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

Menerusi sebuah ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama. Semoga tabah ya para pelajar yang dikena kompoun. Buat semua rakyat Malaysia, teruskan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ya.. Sama-sama kita perangi pandemik Covid-19 ini.

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Twitter 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

MyJet terima kelulusan ATR tertinggi

PETALING JAYA – Syarikat pe­nerbangan kargo tempatan, MyJet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (MyJet) menerima jumlah kelulusan hak trafik udara (ATR) tertinggi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi suku tahun pertama 2021. Kelulusan yang diterima adalah sebanyak 12 ATR berbanding 24 ATR secara keseluruhan yang dikeluarkan.Malaysia Airlines Bhd. me­nerima enam ATR, AirAsia Group empat, manakala baki dua ATR diterima Raya Airways Sdn. Bhd. Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri... Klik untuk baca […]

today20 April 2021