Baru-baru ini tular sebuah video yang diambil daripada sedutan salah satu babak di dalam telefilem ‘Ayat Dari Langit’ yang memaparkan aksi di mana Ellie Suriati mencium kaki seorang lelaki. Ramai yang berteka-teki milik siapakah kaki berkenaan dan ada juga yang berkata kemungkinan itu adalah kaki palsu. Mereka sebolehnya tidak mahu membayangkan Ellie mencium kaki seseorang secara ‘real’.

Baca juga: The Rock Minta Pertolongan Aquaman Untuk Kejutan Hari Jadi Anak
Namun, semalam Adlin Aman Ramli yang merupakan rakan pelakon di dalam telefilem itu berkongsikan ‘behind the scene‘ babak berkenaan menerusi akuan Instagram miliknya. Di dalam video itu, jelas menunjukkan bahawa Ellie benar-benar mencium kaki Adlin yang melakonkan watak sebagai suaminya dan merupakan pengajar ajaran sesat.
Babak ini diperkatakan ramai di media sosial sejak ia dikongsikan beberapa hari lepas. Ada yang mengeji babak lakonan yang seperti ini kerana bagi mereka jijik dan tak sesuai dipertontonkan. Nama Ellie Suriati hangat diperkatakan di laman Twitter. Ada yang tidak dapat menerima lakonannya kerana berkata ianya terlalu ‘over‘. Malah ada juga yang tertanya tentang reaksi suami Ellie melihatkan babak tersebut.

Namun, ramai juga yang memuji lakonan aktres hebat ini. Sememangnya Ellie Suriati mempunyai bakat yang besar dan umum tahu betapa aktres ini menjiwai setiap watak yang diberikan kepadanya. Malah ramai pelakon hebat turut bergurukannya dari segi penghayatan watak.
Ada yang berkata kalau Ellie Suriati berlakon memang power. Dia boleh melakukan apa sahaja demi watak yang dibawa. Malah, menurut seorang pengguna Twitter, tahap ‘gross tolerance’ yang dimiliki Ellie sangatlah tinggi. Tak semua pelakon mampu membawa tahap lakonan ke peringkat yang begitu.
“Power nya Ellie Euriati ni. Pelakon baru could never..”

Menurut Ellie Suriati sebagai seorang pelakon dia memikul tanggungjawab untuk memberikan iktibar kepada penonton. Dia berharap agar penonton dapat melihatnya sebagai watak di dalam cerita dan bukannya Ellie Suriati.
Sumber: Twitter