Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Sah! Juwita Dan Jiwang Selamat Disatukan Berkonsepkan Perkahwinan Tradisional Melayu

today22 April 2021

Background

Luar biasa! Kali ini bukan hanya perkahwinan para selebriti atau personaliti terkenal sahaja yang boleh diangkat sebagai ‘Wedding of The Year’ tetapi perkahwinan Juwita dan Jiwang telah merampas ‘title’ tersebut hanya kerana keunikan mereka. Bila sahaja kita dapat lihat majlis perkahwinan istimewa dua ekor badak air yang disatukan seperti majlis perkahwinan manusia biasa?

Pasangan badak air yang bernama Jiwang dan Juwita ini telah meraikan perkahwinan mereka di Sunway Lost World of Tambun, Perak pada 21 April 2021. Apa yang lebih menariknya ialah majlis kedua ‘mempelai’ itu bertemakan glamor, dongeng & ala Melayu tradisional, lengkap dengan paluan kompang, bunga manggar, beberapa dulang hantaran dan acara makan beradab! Hebat bukan?

Baca juga: Lelaki Guna Lagu Raya Ajar Nama Haiwan Dalam Bahasa Arab Bikin Orang Ramai Tak Sabar Nak Raya

Tidak berakhir di situ, tetamu juga dijemput hadir ke majlis perkahwinan tersebut untuk memeriahkan lagi suasana kenduri pasangan pengantin unik itu yang diadakan di Hippo Kingdom telah disambut oleh keluarga Juwita dan Jiwang serta mereka juga diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan menghadiri majlis tersebut.

Lauk kenduri? Jangan risau, majlis Juwita dan Jiwang dilengkapkan dengan  hidangan lauk kenduri seperti selalu iaitu nasi minyak, ayam masak merah, udang goreng berempah, kari kambing, ikan percik, acar rampai, minuman air selasih dan teh tarik dan pemanis mulut agar-agar pelangi berhias. Sedapnya!

Tiada saman atau kompaun akan dikenakan kepada majlis Juwita dan Jiwang kerana kenduri mereka diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan jumlah tetamu dihadkan dan hadirin mula menjamu selera sebaik azan berkumandang menandakan masuk waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa.

Berkongsi moment paling indah dan lucu apabila pengantin jantan Si Jiwang tiba-tiba bertindak lari keluar sebaik pengantin betina Si Juwita muncul dari pintu masuk menuju ke dalam kolam untuk keduanya saling bertemu. So sweet!

‘Bapa pengantin’ iaitu Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata, pasangan kedua-dua pengantin sebenarnya sudah ‘disatukan’ dan dibiarkan ‘bercinta’ selama tiga bulan lalu sebagai proses penyesuaian dan majlis kenduri kahwin sebagai simbolik menyambut kehadiran Jiwang bagi menemani Juwita yang keseorangan sejak lima tahun lalu. Tambahnya, idea untuk meraikan majlis kedua-dua pengantin badak air itu dicetuskan sendiri olehnya apabila negara sudah lama tidak mengadakan majlis kenduri kahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai rekod, pasangan pengantin adalah spesies badak air dari negara Afrika namun daripada genetik yang berlainan. Juwita berusia 21 tahun mempunyai berat kira-kira 1.4 tan manakala pasangannya Jiwang pula seberat 1 tan dan berusia lebih muda iaitu 10 tahun.

Baca juga: Jika Bergejala, Haiwan Peliharaan Boleh Dibawa Untuk Buat Swab Test

Sumber: HMetro & Facebook LWOT

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

‘Syurga’ pendakian

Sebut saja Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah pastinya terbayang suasana perkampungan nelayan dengan hamparan Laut Sulu seluas mata memandang. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 April 2021