Kes kompaun menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila tular kes pelajar matrikulasi dikenakan kompaun tanpa budi bicara baru-baru ini. Belum lagi habis kes tersebut diperdebatkan, satu lagi kenyataan daripada Ketua Polis Pahang menjadi tular apabila beliau berkata sekolah juga mungkin akan dikompaun jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu COVID-19, akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.
Mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilihat membangkang kenyataan tersebut melalui akuan Twitter miliknya. Beliau dengan tegas berkata ini merupakan penganiayaan buat guru-guru dan pemimpin sekolah.
Baca juga: “Bukan Semua Ada Gaji Dan Elaun ..” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Akmal Isu Pelajar Matrik Dikompaun
Keputusan ini menganiaya guru-guru dan pemimpin sekolah.
Saya yakin pihak sekolah telah lakukan sebaik mungkin untuk mengikuti SOP. Siapa yang mahukan guru dan muridnya terdedah kepada Covid19?
Risikonya nanti ada sekolah yang tidak tutup kerana takut dikompaun walupun ada kes! https://t.co/0reDcizlH4
— Maszlee Malik ?? (@maszlee) April 21, 2021
Beliau yakin bahawa pihak sekolah dan guru-guru telah melakukan yang terbaik untuk mengikut arahan yang ditetapkan. Tambah Maszlee, jika tindakan ini diteruskan kemungkinan ada sekolah yang tidak mahu tutup walaupun sudah ada kes kerana takut dikompaun.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Maszlee. Ramai yang turut mempersoalkan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melakukan tugas. Mereka merasakan para guru ini telah ditindas sejak mula lagi. Bukan sahaja tidak diberikan bahan bantuan mengajar malah mereka juga tidak menerima satu garis panduan yang tetap dan utuh dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.


Sehingga hari ini ramai guru-guru dan murid-murid dijangkiti Covid-19 sejak sekolah mula dibuka kembali. Kita berharap agar tiada sekolah dikenakan kompaun kerana itu akan menjadikan keaadaan lebih keruh.
Baca juga: Guru MRSM Seakan ‘Mencabul’ Pelajar Perempuan Untuk Periksa Datang Bulan
Sumber: Maszlee Malik