Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

today23 April 2021

Background

Isu layanan double standard ini mula menjadi bualan rakyat Malaysia apabila kompaun atau hukuman bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dilihat tidak sama bagi semua golongan. Ditambah dengan kes pelanggaran SOP bagi majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail yang masih belum selesai, dan juga pelajar kolej yang terus dikenakan kompaun tanpa adakan siasatan, maka ramai membangkitkan kemarahan terhadap pihak berkuasa yang seolah-olah memilih dalam menjalankan tanggungjawab.

Semua kemarahan ini bukan sahaja diluahkan oleh rakyat biasa, malahan barisan petugas hadapan juga memberi pendapat yang sama. Menerusi ciapan oleh seorang petugas kesihatan, beliau yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah, meluahkan rasa kecewa dengan layanan double standard terhadap golongan ‘kayangan’. 

Baca juga: Netizen Luah Rasa Kecewa Video Khidmat Pesanan Masyarakat KPDNHEP Tidak Menggambarkan Situasi Semasa

Dalam ciapan tersebut, Rafidah menyatakan beliau berasa hairan dengan sesetengah golongan ‘kayangan’ yang melanggar SOP secara terang-terangan tanpa segan silu. 

“Saya pelik betul, anda tanpa segan silu melakukan aktiviti langgar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Menurutnya lagi, dia tidak marah tetapi kecewa apabila melihat kes COVID-19 dalam negara semakin meningkat saban hari. Walaupun petugas-petugas kesihatan sudah divaksin, namun mereka tetap boleh merisikokan ahli keluarga terdekat. 

“Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dijangkiti, tapi ahli keluarga kami semestinya tidak!” ujarnya.

Kata Rafidah, dia tidak menyalahkan masyarakat, tetapi sedih menyaksikan perbezaan layanan dua darjat. Selain itu, beliau turut menyatakan beliau pasrah, dan yakin rakan-rakan petugas kesihatan yang lain juga turut merasakan hal yang sama. 

Baca juga: “Azal Pun Tahu Pasal SOP” – Anak Zarina Zainuddin Dedah Artis Yang Langgar SOP Semasa Majlis Perkahwinan Neelofa

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Mah Sing terima tempahan pembeli global

KLANG – Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) mengunjurkan untuk menjadi lima pengeluar terbesar sarung tangan di Malaysia pada masa depan. Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Huy Kum berkata, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran tersebut kerana memiliki mesin dan jentera terkini yang mampu menghasilkan 38,000 keping sarung tangan dalam tempoh satu jam. “Mesin ini dijangka menghasilkan sehingga 3.68 bilion keping sarung tangan setahun, yang melibatkan 12 […]

today23 April 2021