Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Tak Setuju Mereka Bersama” – Ramai Sepakat ‘Kenenkan’ BCL Dan Ariel, Namun Ada Yang Tak Bersetuju Sebab…

today23 April 2021

Background

Penyanyi terkenal Indonesia dan juga di Malaysia ini, Bunga Citra Lestari (BCL) baru sahaja selesai membuat rakaman lagu baharu bersama dengan Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham, 40 tahun. Semua sedia maklum mengenai kisah pemergian suami tercinta BCL, iaitu Ashraf Sinclair pada awal tahun 2020. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video acah lagu baharunya bersama Ariel, ramai yang cuba untuk ‘kenenkan’ mereka berdua.

Sudah tentu yang cuba menyatukan mereka berdua adalah wargamaya di Indonesia, yang rata-rata merasakan BCL dan Ariel secocok bersama. Mungkin juga disebabkan muzik video baharu itu, menampakkan mereka sebagai pasangan yang serasi. Ada juga yang minta Ariel untuk segera mendapatkan BCL.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Baca juga: [VIDEO] “Saya Geletek Dia, Tapi Tak Bangun” – BCL Akhirnya Tenang Dedah Kisah Sebenar Malam Pemergian Ashraf

Bagaimanapun, bukan semua merasakan perkara yang sama di mana salah seorang wargamaya di ruangan komen menyatakan dia tidak bersetuju jika BCL dan Ariel mempunyai hubungan istimewa.

“Jujur saya tak setuju kalau BCL ada hubungan Istimewa dengan Ariel. Bukan sebab tak suka dengan Ariel, cuma kesian dengan mendiang kalau BCL ada apa-apa sama Ariel,” kata wargamaya tersebut menyuarakan pendapatnya. 

Namun, ramai juga yang membalas komen tersebut dengan menyatakan itu soal jodoh masing-masing. Tapi yang pasti, gandingan BCL dan Ariel tentulah hanya untuk rakaman karya terbaharu mereka. Sama ada bersetuju ataupun tidak, kita sama-sama doakan yang terbaik buat BCL. 

Baca juga: Kecoh Di Media Indonesia, Rupanya Laudya Cynthia Bella Juga Pernah Naik Belon Dengan Engku Emran

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Ekonomi Malaysia beri isyarat semakin mengukuh

PUTRAJAYA: Indeks Pelopor (IP), alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan terus mencatat pertumbuhan positif pada Februari 2021 daripada tahun sebelumnya. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 April 2021