Filem Mimaland sekali lagi mengangkat nama negara apabila filem ini sekali lagi menerima anugerah di peringkat antarabangsa. Terdahulu, Mimaland diiktiraf sebagai Filem Seram Terbaik dan Pengarah Terbaik di AltFF (Alternative Film Festival Spring 2021) Kanada. Kali ini, Fattah Amin pula dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021. Satu pencapaian yang begitu membanggakan.
Terbaru, Fattah ada berkongsikan berita tersebut di laman Instagram miliknya. Tak panjang ucapan yang diberikan, hanya lafaz ‘Alhamdulillah’ sahaja yang dilafazkan di kapsyen posting tersebut.
View this post on Instagram
Fattah Amin sebelum ini hebat dikritik kerana lakonannya dikatakan ‘kayu’. Ada yang menyuruhnya untuk berhenti berlakon kerana kata mereka Fattah tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Dia yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Neelofa dan kemudian berkahwin dengan aktres jelita, Fazura, mendapat tentangan ramai. Ada juga yang berkata Fattah hanya mahukan populariti dan kejayaan dengan jalan yang mudah.
Anugerah yang diiktiraf ini membuktikan bahawa Fattah mampu berjaya. Bukan calang-calang tau, dia rangkul anugerah aktor terbaik di luar negara.
Menerjah ke ruangan balas, Fazura dilihat merupakan yang pertama meninggalkan komen di posting tersebut.

Kata Fazura ini adalah bukti bahawa Fattah telah bekerja keras dalam diam selama ini. “Biarlah kejayaan yang menjadi suara” itu kata Fazura. Isteri tercintanya ini turut berkata bahawa dia sangat berbangga dengan Fattah.
Satu negara kini turut berbangga dengan Fattah Amin. Tahniah diucapkan dan kami doakan semoga lebih banyak kejayaan dapat dicapai di masa hadapan.
Baca juga: “Nampak Muka Fazura Cemburu” – Tular Video Fattah Dipeluk Seseorang, Fazura Perjelas Cerita Sebenar
Sumber: Fattah Amin