Bukan isu terpencil, namun ia semakin menjadi bualan hangat di media sosial sehingga menjadi sohor kini menggunakan tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace. Ianya bermula apabila seorang pelajar perempuan sebuah sekolah membuat pendedahan menerusi video di aplikasi Tiktok mengenai perbualan lucah oleh seorang guru lelaki terhadap dia dan rakan-rakan di dalam kelas.

Bukan setakat itu sahaja, pelajar yang dikenali dengan nama Ain juga berkata, dia turut menerima ugutan rogol yang dipercayai dari rakan sekolahnya kerana isu lawak lucah ketika mengajar yang tular sejak kelmarin.
Baca juga: Diambil Jadi Pembantu Rumah, Akhirnya Bertindak Rogol Dan Bunuh Empat Sekeluarga Ini
“Saya menggigil ketakutan kerana ada segelintir dari mereka (pelajar lelaki) mengugut untuk merogol saya. Tetapi, itulah sebab kenapa saya perlu teruskan perjuangan ini,” jelasnya di dalam video TikTok.
Ain menegaskan, sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaharui sistem pendidikan di negara ini. Perkongsian video pendedahan pertama Ain itu mendapat lebih 14,000 ulang ciap sehingga mencetuskan kesedaran ramai mengenai isu ini. Dalam pada itu, isu ini juga mendapat perhatian Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik, yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan.

Dalam ciapan balas terhadap isu ini, Maszlee meminta pengetua sekolah pelajar tersebut melihat isu ini secara serius. Menurutnya lagi, rogol bukanlah bahan lawak, dan guru harus menitipkan soal keselamatan di sekolah.
Dengan menggunakan tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace, wargamaya bersama-sama memberi sokongan buat Ain dan juga menyeru pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
Baca juga: Bapa Durjana Rogol Anak Tiri Sebanyak 105 Kali Dijatuhkan Hukuman Penjara 1,050 Tahun!
Sumber daripada: Twitter