Terlalu banyak rintihan hati telah kita dengari daripada frontliner yang ketandusan tenaga dalam menjalankan tugas untuk membantu negara kita menurunkan graf wabak COVID-19 yang semakin mencanak naik. Bukan itu sahaja, mereka juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar sentiasa patuhi arahan Operasi Standard Prosedur (SOP). Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang berpusu-pusu di sebuah bazaar Aidilfitri di Kuala Lumpur dan Jakel Bangi.
Penat dah KKM dok nasihat jaga sop, jaga jarak, jangan pergi tempat sesak. Orang kita tetap degil. Nak jadi macam negara India ker? Nak ramai jangkit & ramai mati lagi ker? Tolong ingat sikit ya. Pandemik covid 19 ini bukan main-main. Berjuta-juta dah mati di seluruh dunia. pic.twitter.com/I8k1XnnM7j
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) April 25, 2021
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter itu, difahamkan ada dalam kalangan kita yang ‘degil’ melanggar arahan sop apabila sanggup ‘menyeksakan’ diri untuk membeli belah di pasar malam minggu jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Video yang telah mencecah 413 ratus ribu tontonan itu, membuktikan mereka beramai-ramai memasuki premis tersebut tanpa ada kawalan dan sekatan jumlah pengunjung dalam premis tersebut.
Menerjah di ruangan komen, rata-rata daripada netizen tidak berpuas hati dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang egois sehingga sanggup mengabaikan SOP. Ada juga di kalangan mereka yang menyalahkan kerajaan kerana membenarkan operasi bazaar Aidilfitri tersebut untuk berlangsung sehingga pada pukul 2 pagi. Benar, tindakan kerajaan untuk melanjutkan operasi bazaar tersebut adalah tidak wajar, namun kita juga harus dipersalahkan dek kerana tidak bertanggungjawab sebagai rakyat.


Persoalannya di sini, sampai bilakah isu ‘menunding jari’ kepada pihak lain ini akan terus berterusan? Sedarkah anda 1 jari menunding kepada orang, 4 jari lagi menunding kepada arah kita. Alangkah indahnya andai kita semua belajar untuk turunkan ‘ego’ masing masing serta bersatu dalam membendung wabak yang membawa maut ini. Sedih seandainya kes-kes COVID-19 semakin mencanak naik. Tak rindu ke nak kembali menjalani kehidupan harian seperti sedia kala?
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter