Siapa tak kenal pendakwah bebas, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman iaitu juara program realiti Islamik, Pencetus Ummah musim kedua pada tahun 2014. PU Azman dikenali ramai dan lebih dekat dengan barisan artis dan orang ramai kerana karakternya yang ‘sempoi’. Tanya sahaja apa-apa soalan berkaitan agama pasti dia boleh menjawab dengan caranya yang tersendiri tetapi padat dengan fakta dan informasi. PU Azman juga lebih aktif di laman sosial dan seringkali dilihat membuat ‘live‘ di Instagram.
Dia kini bergerak aktif sebagai penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan juga pelakon. Haa jangan main-main, PU pun boleh berlakon tau. Sehingga kini, PU Azman telah mengiasi ruangan televisyen dengan lakonannya malah dia juga turut membintangi banyak filem hebat antaranya Petaka yang menampilkan PU Azman sebagai bintang utama filem berkenaan.
Terbaru, PU Azman ada berkongsikan satu sedutan babak di dalam drama ‘Bila Syaitan Berbisik’ di laman Instagram miliknya. Video tersebut melihatkan PU Azman sedang marah dan menengking ibunya sehingga nampak urat tegang. Memang berbeza dan nampak takut sangat melihat karekter PU yang begitu. Nampak real dan tertusuk betul di hati sampai ada yang memberikan komen emoji tangisan.
Menerusi kapsyen posting tersebut, PU Azman berkata, watak ‘anak derhaka’ adalah sangat ‘berat’ untuk dibawa olehnya. Babak yang melibatkan hubungan anak dan mak mengingatkannya terhadap arwah ibu yang sangat dirinduinya.
View this post on Instagram
“Aku tidaklah sederhaka itu”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji lakonan ‘power‘ PU Azman. Rakan artis yang lain termasuklah Sharifah Shahirah dan pelakon hebat Malaysia, Erra Fazira sendiri tutut memuji lakonan mantap yang dibawa. “Tercampak pelakon lain”, ujar Sharifah Shahirah yang merupakan pelakon yang sudah lama menapak di dalam industri.

Wargamaya yang lain terus-terusan memberikan pujian. Kata mereka PU Azman memang berbakat sehingga ada yang menjangkakan dia bakal tercalon di dalam Anugerah Skrin yang berlansung setiap tahun.


Tak hairan langsung bila wargamaya membuat jangkaan yang begitu kerana lakonan PU Azman memang ‘power‘ sehingga yang melihat pun tersentak! Semoga PU Azman terus berjaya di dalam bidang lakonan dan dalam masa yang sama berdakwah dan memberikan mesej yang besar buat penonton. Kami juga doakan agar arwah ibunya sentiasa dicucuri rahmat.
Baca juga: Iman Troye Dikecam Peminat K-pop, Mungkin Bakal Jadi Janna Nick 2.0?
Sumber: PU Azman