Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Running Man Tak Akan Sama..” – Peminat Kecewa Kwang Soo Mengundurkan Diri Daripada Running Man

today27 April 2021

Background

Terdahulu, peminat Running Man telah dikecewakan oleh selebriti Korea, Kang Gary yang telah meninggalkan Running Man. Rata-rata daripada mereka bersedih kerana tiada lagi istilah ‘Monday Couple’ dalam Running Man yang dipegang oleh Gary dan Song Ji Hyo. Kini, peminat Running Man dilanda kekecewaan sekali lagi apabila Lee Kwang Soo mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada rancangan aneka ragam keluaran Seoul Broadcasting System (SBS) ini setelah 11 tahun bersama. Memetik daripada artikel antarabangsa, Kwang Soo akan merakamkan episode Running Man yang terakhir pada 24 Mei tahun ini.

Difahamkan, Kwang Soo membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada Running Man dek kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia untuk beraksi seperti sedia kala. Umum mengetahui program Running Man ini adalah sebuah program realiti yang memerlukan banyak pergerakan dan membuat aktiviti lasak. Pada Februari tahun lepas, Kwang Soo terlibat dalam kemalangan yang telah mengakibatkan dia mengalami kecedaraan di buku lali kanannya. Oleh sebab itu, Kwang Soo tidak berupaya untuk membuat pelbagai aksi lasak dengan sempurna.

Baca juga: “Drama Korea Sangat” – Maryam Cuba Tiru Gaya Mawar Rashid Dan Suami, Sampai Tergolek Dibuatnya

Meninjau di ruangan sosial media Twitter, rata-rata daripada peminat Running Man bersedih di atas ‘pemergian’ Kwang Soo daripada rancangan ini. Kwang Soo yang dikenali ramai kerana perwatakannya yang ‘menghidupkan’ suasana program Running Man ini sudah pastinya akan membuat peminatnya berasa janggal apabila menonton Running Man selepas ini. Sudah semestinya program ini tidak akan kekal sama tanpa Kwang Soo kerana dia seorang yang sangat menghiburkan kerana gelagatnya yang ‘masuk air’.

Bagaimanapun, semoga Kwang Soo kembali sihat seperti selalu agar suatu hari nanti dia dapat kembali mewarnai rancangan yang mendapat nama bukan sahaja di Korea, namun di seluruh negara.

Baca juga:“Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke..? – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: The Korea Herald

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Budak SPM Kena Denda Lepas Terjun Dalam Kolam Air Wudhu

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.Ada yang terhibur kerana berpendapat momen itu akan menjadi kenangan alam persekolahan mereka.Tetapi, ada juga yang berkata tidak sopan mereka berkelakuan sebegitu kerana itu kawasan surau dan tempat orang mengambil wudhu.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 2 juta tontonan, 303,500 tanda suka dan 4,795 perkongsian di... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 April 2021