Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tak Cukup Di ‘Ugut’ Untuk Merogol, Aktivis Ain Kini Di ‘Hentam’ Komen Tidak Senonoh Di Facebook

today28 April 2021

Background

Baru-baru ini, seorang pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam telah tular di media sosial Twitter setelah dia berani  mendedahkan perangai seorang guru di sekolahnya yang ‘bergurau’ mengenai isu rogol. Menurut Ain, guru tersebut berkata kepada murid lelaki untuk ‘merogol’ perempuan yang berusia 18 tahun ke atas ketika sesi pembelajaran berlangsung. Isu yang dibahaskan oleh guru ini bukanlah isu yang remeh, malah ianya melibatkan ‘maruah’ pelajar perempuan.

Setelah video luahan Ain mendapat perhatian seluruh Malaysia, Ain kemudian berdepan dengan ugutan ‘rogol’ terhadap dirinya oleh salah seorang pelajar lelaki di sekolahnya. Ain dikatakan seolah-olah ‘sengaja’ untuk mendedahkan kisah tersebut kepada satu dunia dek kerana ingin menjadi terkenal. Walhal niat pelajar berumur 17 tahun itu hanyalah untuk menegakkan kebenaran dan memberi kesedaran mengenai isu sensitif itu.

Semalam, menerusi sebuah artikel yang dimuat naik oleh sebuah laman portal, Ain menerima ‘hentaman’ yang dasyat oleh segelintir pengguna media sosial yang mana mereka telah meninggalkan komen berbaur tidak ‘senonoh’ di ruangan komen laman Facebook portal tersebut. Difahamkan, Ain dikecam teruk dek kerana penggunaan gambar Ain di artikel tersebut yang seolah-olah tidak sedap mata memandang. Namun pada mata kasar, gambar itu bukanlah menunjukkan apa-apa perkara yang pelik. Aduhai, seramlah mata lelaki ni…

Baca juga: “Rogol Bukan Bahan Jenaka” – Orang Ramai Berang Isu Rogol Di Sekolah Diambil Ringan

Bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian seorang wartawan daripada portal itu apabila dia dan ahli kumpulannya telah membuang komen-komen tidak senonoh itu di laman Facebook. Komen-komen tidak senonoh itu menunjukkan ada segelintir kaum lelaki di Malaysia ini yang tidak lari daripada penyakit ‘pedophile’. Ada di kalangan mereka yang merupakan seorang bapa yang turut mempunyai anak perempuan, malah ada juga yang bergelar seorang guru.

Kasihan. Apa-apa pun semoga nasib Ain yang turut dikenali sebagai seorang aktivis yang mencipta tanda pagar Make School A Safer Place ini akan terbela dan sentiasa dilindungi daripada sebarang bahaya. We stand with you, Ain!

Baca juga:#MakeSchoolASaferPlace Trending Di Twitter, Orang Ramai Desak Tindakan Tegas Isu Jenayah Rogol Dijadikan Gurauan

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Bag-2-School Gardenia bantu pelajar kurang mampu

PETALING JAYA – Gardenia Bake­ries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Pengguna Harapan Malaysia (PPHM) ­mengagihkan sebanyak 1,157 beg sekolah buat kanak-kanak kurang berkemampuan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah bagi ­men­yambung penggal persekolahan 2021. Sumbangan bernilai RM90,000 itu diagihkan bermula 7 hingga 15 April lalu kepada kanak-kanak dari 18 buah sekolah di Lembah Klang dan Johor. Pengurus Besar Hal... Klik untuk baca […]

today28 April 2021