Pada 02 May 2021, individu berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur diberi peluang untuk membuat permohonan untuk mendapatkan 260,000 janji temu suntikan vaksin AstraZeneca. Berita tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira-kira jam 3.20 petang semalam selepas semua tarikh janji temu ditempah. Katanya, tempahan slot senarai menunggu akan dibuka untuk tempoh beberapa jam, sebelum keseluruhan sistem pendaftaran menerusi vaksincovid.gov.my ditutup.
Beberapa individu yang berjaya memohon telah berkongsi tangkap layar permohonan mereka dan kongsikan ia di media sosial masing-masing. Namun satu perkongsian yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di Twitter semalam mendapat perhatian dan komen berbaur negatif daripada pengguna Twitter lain.
Baca artikel lain: “Merokok Tak Takut Tapi Kena ‘Blood Clot’ Sebab Vaksin Takut Pula..” – Netizen Mempertikai Vaksin AstraZeneca




Rata-rata warganet memberi pendapat bahawa Syed Saddiq seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan tersebut. Ada juga antaranya memberi komen mempertikaikan tindakan Syed Saddiq malah menyatakan beliau adalah Ahli Parlimen Muar dan mengapakah beliau membuat permohonan tersebut.
Salah seorang pengguna Twitter turut memberi komen menjelaskan pada masa fasa pertama vaksin utk ahli parlimen, Syed Saddiq difahamkan tidak ada di Malaysia sebab beliau ke Singapura. Oleh itu, Syed Saddiq telah terlepas tarik asal untuk fasa pertama,jadi beliau kena daftar untuk fasa lain.
Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?
Sumber: Twitter Syed Saddiq