
Satu kejadian yang menyayat hati berlaku di Maharashtra, India apabila seorang bayi ditemui menangis kelaparan di sisi jenazah ibunya yang telah dua hari meninggal dunia.
Akibat daripada peningkatan kes COVID-19 di India, tiada siapa pun berani mendekati rumah wanita tersebut kerana takut dijangkit virus COVID-19.
Menurut laporan India Times, bayi yang berusia 18 bulan ditemui di sisi jenazah ibunya oleh pihak polis yang telah memecah masuk bagi meninjau keadaan di dalam rumah berkenaan.