Siapa yang je yang tak sedih bila kedua-dua orang tua kita sudah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu. Lagi mengundang sebak apabila ibu bapa kita meninggal dunia ketika usia kita masih lagi kecil. Namun, itulah apa yang perlu dilalui oleh seorang adik berumur 12 tahun ini yang kisahnya dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).
Menerusi perkongsian itu, UEL memberitahu bahawa adik tersebut baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya yang meninggal akibat COVID-19. Adik tersebut dijumpainya di Bukit Raja Klang, tidur dijalanan.
View this post on Instagram
“Kecil lagi dah jadi gelandangan, Kasihan, hidup tanpa hala tuju,” tulis UEL mencerita kisah adik tersebut.
Tambah UEL lagi, ramai orang sekitar yang cuba membantu sehinggalah ada yang mesej dan meminta UEL datang membantu. UEL bergegas menghulurkan bantuan kepada adik tersebut, dan menawarkan adik tersebut untuk masuk belajar di madrasah. Ditanya soal makan dan minum ketika bulan puasa, adik tersebut menyatakan ada orang yang memberikan dia makanan untuk sahur dan juga berbuka.

Sebak UEL menceritakan kisah adik tersebut. Dalam pada itu, ia turut mengundang rasa sebak wargamaya yang lain membaca kisah itu. Perkongsian UEL itu mendapat hampir lapan ribu komen daripada wargamaya yang berasa simpati dengan nasib yang menimpa adik tersebut. Apa-apa pun, kita doakan agar urusan adik itu dipermudahkan dan selamat belajar di madrasah.
Sumber daripada: Instagram