Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kena Marah Pun Relax Je” – Ramai Puji Keisha Tak Melenting Kena Marah Dengan Nabila Huda Pasal Hal Remeh

today3 June 2021

Background

Siapa je yang tak sedih bila kena marah dengan mak. Kena marah pasal hal remeh pula tu. Tentulah kita rasa macam dah tak disayangi sebab benda kecil pun nak marah. Biasanya kita kalau dah sedih kena marah mestilah buat muka sedih atau melenting semula. Tapi itu bukan semua oranglah, macam anak Nabila Huda ni yang mana bila kena marah dengan ibunya pun masih nampak tenang.

Satu video dikongsikan oleh Nabila Huda di Instagramnya memaparkan dia memarahi anaknya, Keisha hanya disebabkan Keisha lambat buka balutan kotak yang diminta. Wajah Keisha kelihatan sedikit sedih apabila dimarahi ibunya namun masih kekal tenang dan tidak melenting. Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar prank atau gurauan sempena kejutan hadiah hari jadi Keisha. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Baca juga:[VIDEO] “Tu Malas Nak Nyanyi” – Nyanyian Amyza Aznan Siap Sekali Pakej Hujan Ribut Buat Netizen Terhibur

“Apa sahaja untuk buat dia gembira. Tapi sebelum gembira kenalah marah dahulu,” ujar Nabila selepas mengenakan anaknya itu. 

Gurauan Nabila itu berakhir dengan kejutan hadiah berupa iPad buat Keisha sempena hari lahirnya. Keisha pula menyambut gurauan serta kejutan hadiah hari lahirnya itu dengan air mata. Menurut Nabila, anaknya itu dah lama kumpul duit untuk beli iPad tapi masih banyak lagi perlu dikumpul sebelum cukup nak beli. Tambah lagi masa hari jadi Keisha tempoh hari tak dapat nak sambut sebab Nabila kena kuarantin disebabkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, disebabkan usaha yang ditunjukkan Keisha untuk membeli iPad dengan mengumpul duit sendiri, Nabila akhirnya hadiahkan juga iPad buat anak kesayangannya itu. Kata Nabila, apa sahaja untuk buat anaknya itu gembira. 

Sementara itu, ramai yang menyifatkan Keisha sebagai anak yang baik kerana dia dilihat tidak melawan atau membentak apabila dimarahi ibunya. Dia hanya menundukkan wajahnya sahaja apabila dimarahi. Tidak kurang juga yang sedih melihat Keisha sangat menghargai hadiah pemberian ibunya itu.

Baca juga:“Macam Kembar” – Terima Pujian Lakonan Mantap, Ramai Kata Wajah Puteri Liyana Dan Amyra Rosli Seiras

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post