Selepas pelancaran vaksin AstraZeneca pada hari ahad lalu, semalam merupakan batch pertama yang menerima vaksin di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), Dewan 1, Peperiksaan Universiti Gemilang (UM), dan Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sudah pasti ramai di antara kita yang masih dibelenggu pelbagai persoalan mengenai kesan vaksin AstraZeneca ini.
Salah seorang penerima vaksin AstraZeneca di WTCKL bernama Hanna Alkaf, telah tampil menjelaskan pengalamannya setelah dia menerima vaksin. Menurutnya, setelah 1 jam 15 minit mengambil dos pertama vaksin tersebut, dia hanya mendapati tangannya sedikit lenguh. Namun selepas 3 jam, tempat dicucuk itu mula menjadi bengkak. 6 jam berlalu, kesan sampingan yang diterima ialah sakit-sakit badan dan mata menjadi panas, menurutnya ini mungkin tanda untuk alami demam.
✨ Post-AstraZeneca side effects thread ✨
— Hanna Alkaf (@yesitshanna) May 5, 2021
Tambahnya lagi, setelah 9 jam mengambil vaksin, keadaannya semakin bertambah baik meskipun kesan cucuk itu masih bengkak, alami sakit badan dan pening kepala. Dia juga meluahkan badannya terasa sangat lemah dan penat, namun dia tidak demam. Perkongsian yang meraih 4.3 ribu retweet dan 7.6 ribu sukaan itu sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan dan bayangan mengenai kesan vaksin ini kepada orang awam. Sebelum itu, dia juga ada menceritakan pengalamannya semasa di WTCKL sebelum mendapatkan vaksin.
It’s #CucukMYAZ day for my husband and I. On our way, and will update as we go.
— Hanna Alkaf (@yesitshanna) May 4, 2021
Walaupun begitu, suaminya yang juga turut mendapatkan vaksin tersebut tidak mengalami sebarang kesan. Sistem imunisasi setiap manusia di dunia ini adalah berbeza. Setengah orang mempunyai sistem imunisasi kuat yang boleh melawan sebarang kesan. Difahamkan, ubat yang boleh dimakan untuk menyurutkan keadaan ‘sakit’ itu hanya ubat panadol/paracetamol sahaja.

Bagaimanapun, kesan-kesan yang disebut tadi boleh dikatakan kesan ‘asas’ yang akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang baru selepas ‘dicucuk’. Oleh itu, rakyat Malaysia tidaklah perlu gusar dan takut untuk menerima vaksin. Seharusnya, mencegah lebih baik daripada merawati. Jadilah rakyat Malaysia yang bersatu untuk melawan wabak merbahaya COVID-19 ini demi masa hadapan yang lebih indah.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter