Memang ada keluarga atau pasangan yang hendak berkahwin bertanya tentang latar belakang pendidikan bakal suami atau isteri itu terlebih dahulu. Mungkin sebab mahu melahirkan generasi yang kekal berpendidikan. Namun mungkin tidak berlaku lagi situasi di mana bakal pengantin perlu membaca sifir dua dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan.
Itulah yang berlaku di India, melibatkan pasangan bakal pengantin ini apabila majlis perkahwinan mereka dibatalkan dek kerana bakal pengantin lelaki tidak menghafal sifir dua. Bunyi macam kelakar namun bakal pengantin perempuan itu ada sebabnya yang tersendiri.

Sebaik tiba di rumah pihak perempuan, bakal pengantin lelaki itu diberikan ujian matematik iaitu perlu membacakan sifir dua. Bagaimanapun, lelaki tersebut gagal berbuat demikian, dan pengantin perempuan di Mahoba, India itu terus membatalkan majlis perkahwinannya sendiri. Memang tidak teragak-agak keputusan yang dibuat oleh pengantin perempuan itu walaupun si lelaki datang bersama rombongan sekeluarga.
Baca juga: Nenek 71 Tahun Ketagih Angkat Berat, Mampu Angkat Beban Seberat Seekor Anak Gajah!
Namun, pengantin perempuan dikatakan berbuat demikian kerana dia ragu-ragu dengan kelayakan akademi bakal suaminya itu. Pengantin perempuan mengesyaki keluarga pihak lelaki telah menipu berkenaan tahap pendidikan pengantin lelaki. Selepas gagal ujian matematik yang mudah itu, pengantin perempuan terus bangun meninggalkan dewan perkahwinan tersebut.

Menurut laporan, wanita tersebut enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai asas matematik. Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa pengantin lelaki itu tidak pernah ke sekolah. Mungkin anda juga boleh melakukan perkara yang sama sebelum melangsungkan perkahwinan.
Walaupun ramai pihak yang terkejut dengan insiden tersebut, namun ia bukanlah perkahwinan suka sama suka kerana ia telah diatur oleh kedua-dua keluarga. Selepas kejadian itu, kedua-dua keluarga pun bersetuju untuk memulangkan kembali segala hadiah perkahwinan.
Baca juga: Kenapa Malcolm X Dibunuh? Ini Kisah Kontroversi Kematiannya…
Sumber daripada: The Tribune India