
Tahun lalu, pelakon veteran, Fauziah Nawi memuat naik satu video pesanan buat masyarakat di Instagram mengenai jangan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal tahun ini. Video tersebut ternyata mengundang sebak dan meraih perhatian rakan selebriti yang lain.
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya, Fauziah Nawi turut memuat naik sebuah video pesanan buat anak-anaknya yang tidak dapat beraya bersamanya pada tahun ini. Sedihnya!
Menurut Fauziah Nawi, dia sedih kerana ramai ibu bapa di luar sana tidak dapat beraya bersama anak-anak mereka yang berada di perantauan dek kerana larangan merentas negeri dan daerah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sebagai ibu, Fauziah berharap kesemua ibu bapa di luar sana dan anak-anak tabah dengan dugaan ini.