Kini rakayt Malaysia sedang sibuk ‘berhujah’ isu vaksin. Ada yang bersemangat, ada yang takut jarum tapi mahu di vaksin dan ada juga yang tidak percayakan vaksin. Ketahuailah bahawa vaksin itu adalah satu inisiatif kita menghentikan wabak Covid-19 daripada ia menular dengan lebih merbahayakan.
Ketika ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang menguruskan vaksin untuk warga emas. Namun ada satu golongang yang masih tertanya-tanya adakah mereka boleh dan layak untuk mengambil vaksin? Ada beberapa ibu mengandung masih buntu dengan soalan yang membelenggu sama ada vaksin Covid-19 ini selamat untuk mereka atau tidak. Soalan ini amat logik untuk ditanya kerana bukan sahaja risau akan ibu sendiri, malah kesan terhadap bayi turut menjadi tanda tanya ibu-ibu.
Baca artikel lain: Vaksin COVID-19: Ibu mengandung patut dapat nasihat pakar
Jika sebelum ini jawapan kepada soalan itu tidak dapat dijawab kerana ujian klinikal vaksin tersebut tidak dilakukan terhadap ibu mengandung kerana khuatir akan kesan tersebut terhadap golongan itu. Kini, ujian terbaru yang memberikan vaksin Covid-19 kepada ibu mengandung didapati selamat dan sangat berkesan dalam melindungi bukan sahaja ibu, malah anak di dalam kandungan.

Difahamkan terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Obstetrics and Gynecology terhadap 131 perserta, 84 mengandung, 31 meyusu, dan 16 yang tidak mengandung mendapati bahawa vaksin tersebut terbukti berkesan bukan sahaja dalam memberi imuniti kepada ibu mengandung, malah antibodi tersebut turut disalurkan kepada bayi di dalam kandungan melalui plasenta, serta susu badan.
Adakah vaksin penting untuk ibu mengandung? Jawapan ringkasnya, ya.
Apa yang paling penting untuk anda tahu ialah vaksin ini tidak memberi kesan terhadap kesihatan ibu dan bayi, selain memberikan pelindungan yang berkesan kepada kedua-dua pihak daripada virus pandemik itu. Di dalam keadaan yang tidak terkawal ketika ini adalah lebih baik kita pilih jalan yang boleh selamatkan ibu dan anak dalam kandungan.
Baca juga: Ibu mengandung, menyusukan anak perlu diutamakan sebagai penerima vaksin
Sumber: healthessentials / cleveland clinic