Sebenarnya pandemik COVID-19 ni yang menjadi kerisauan adalah sekiranya virus tersebuk menjangkiti ahli keluarga kita. Sedih melihat kalau ada ahli keluarga yang sampai terpaksa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) sebab wabak ini. Lagi risau kalau anak kita yang masih kecil, usia tidak sampai setahun lagi, juga terdedah kepada risiko COVID-19.
Sebab itu kanak-kanak yang masih kecil tidak digalakkan untuk berada di tempat yang sesak. Menerusi perkongsian terbaharu isteri Fad Bocey, iaitu Nur Syahirah Rahman, dia berkongsi video bagaimana anak bongsunya, Ibrahim Jibriel terpaksa melakukan ujian calit COVID-19 dek kerana terdedah dengan individu yang positif.
View this post on Instagram
Baca juga: “Amanah, Pantas, Dan Tak Buta Hati” – Cadang UEL Jadi Perdana Menteri, Namun Ramai Tak Setuju
Menurut Syahirah, mereka menerima maklumat bahawa mereka ada berjumpa dengan individu yang positif COVID-19. Tempoh selepas dapat tahu mengenai perkara itu adalah seminggu kemudian, dan mereka tidak menunjukkan sebarang simptom pada ketika itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anaknya mengalami batuk dan selesema.
“Ibrahim memang budak yang baik dan kuat. Dia tengok je orang tu pakai PPE. Luluh hati tapi untuk pastikan semua bebas COVID-19, kami serah diri,” ujar Syahirah berkongsi pengalaman tersebut.
Selepas mendapatkan nasihat, akhirnya dia bersetuju untuk melakukan ujian calit terhadap anak bongsunya itu. Dalam pada itu, Syahirah juga menitipkan nasihat untuk orang ramai agar elakkan diri dari tempat sesak. Memang kita banyak benda nak buat, tapi kena bertahan dahulu sampailah wabak penyakit ni dah reda.

Kata Syahirah lagi, satu hari nanti dunia kita tetap akan bebas daripada COVID-19 ini. Apa-apa pun, semoga Fad sekeluarga dalam keadaan baik-baik sahaja dan terhindar daripada wabak ini.
Sumber daripada: Instagram