Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kerana Nafsu dan Keseronokan Orang Tak Bersalah Jadi Mangsa” – Kini Giliran Nabila Huda Pula Positif Covid-19

today13 May 2021

Background

Pelakon hebat iaitu Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil pula disahkan positif Covid-19 selepas beberapa artis turut terkena tempias wabak tersebut seperti Nora Danish dan Tiz Zaqyah.

Baca juga: “COVID Ni Datangkan Kerunsingan” –  Baby Kena Swab Test Sampai Menangis, Isteri Fad Bocey Bersyukur Anak Tetap Kuat

Terbaru, Abil ada berkongsi di Instagram story beberapa bait-bait perkataan yang seakan-akan memberi gambaran bahawa dia dijangkiti wabak tersebut kesan daripada sikap individu yang degil dan mementingkan diri sendiri.

Menurut Abil, jika tiada sebab untuk keluar rumah, lebih baik duduk sahaja di rumah. Kedegilan sesetengah pihak yang tidak mahu menurut kata membuatkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa. Luah Abil ini merupakan satu bentuk penganiayaan kerana kesakitan yang dihadapi berpunca daripada kepentingan peribadi dan kecuaian orang lain.

Abil akui kita perlu redha dengan Qada’ dan Qadar yang telah tertulis buat kita namun bagi dirinya ini bukanlah isu tentang keredhaan tetapi rasa tidak adil kerana kesakitan ini datang kerana kedegilan orang lain yang saja mencari penyakit. “Ini merupakan kesakitan yang amat menyakitkan” kata Abil.

Di akhir kata Abil turut berpesan supaya tidak pura-pura menjadi mangsa di dalam keadaan yang dicipta sendiri. Betul juga kata Abil, siapa tak bengang bila kita punyalah menjaga SOP tetapi kerana orang lain yang ambil tak endah tentang perkara ini, kita juga menjadi mangsa.

Abil dilihat terpaksa menyambut ulangtahun kelahiran anak tunggalnya Keisha melalui panggilan video dan dapatlah menjamah makanan bersama di depan pintu bilik. Buat seorang ibu pastilah Abil mahu lakukan sesuatu yang istimewa sempena ulangtahun kelahiran anaknya tetapi momen itu bagaikan dirobek darinya.

Kita doakan Abil pulih daripada wabak ini dan kembali sihat seperti biasa. Buat rakyat Malaysia. sentiasalah mengikuti SOP yang ditetapkan. Jika tiada keperluan untuk keluar, duduk sahaja di rumah. Kita mesti jaga kita.

 

Baca juga: “This Is Killing Me..” – Nora Danish Terkesan Tidak Dapat Berjumpa Anak Susulan Covid-19

Sumber: Nabila Huda

Written by: Danisyah Dalily


Previous post