Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Report Je Polis” – Terima Ugutan Santau, Harris Annuar Minta Maaf Kalau Ada Sakitkan Perasaan Siapa-Siapa

today17 May 2021

Background

Dalam hidup ni memang macam-macam ragam manusia. Paling tak best bila ada yang tak senang duduk melihat kita semakin berjaya. Mungkin itu apa yang sedang dilalui oleh Pelakon Harris Annuar yang berkongsi satu tangkap layar di Instagramnya memaparkan dia menerima ugutan.

Bukan ugutan yang biasa-biasa, tetapi ugutan untuk dikenakan santau dan dibomohkan. Perkara seperti ini memang tidak dapat dielakkan daripada berlaku, terutamanya dalam kalangan masyarakat kita yang masih percayakan perkara syirik ini. Walaupun menerima ugutan seperti itu, Harris dilihat kekal tenang dan tidak menyerang kembali individu yang tidak dikenalinya itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Baca juga: 10 Amalan Perubatan Paling Pelik Dan Gila Dalam Sejarah!

Tak kenal dah satu hal, lepas tu dapat mesej macam ni. Anyway saya minta maaf kalau saya ada menyakiti perasaan sesiapa,” tulis Harris dalam kapsyen hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Harris juga dilihat mengenakan tag terhadap Instagram rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mungkin ugutan ini juga akan dibawa ke balai polis. Sementara itu, penyanyi Ezlynn turut menyatakan perkara seperti ini adalah biasa dan meminta Harris untuk tidak takut. Sebaiknya jangan dilayan orang seperti itu sebab ia hanya menambah stress sahaja. 

Wargamaya yang lain juga turut mengecam tindakan individu yang tidak dikenali itu kerana menggunakan nama Allah dalam melakukan perbuatan syirik. Memang tak patut langsung. Tapi apakan daya, orang seperti ini memang wujud dan kita hanya boleh berdoa agar dijauhkan daripada mereka yang berniat jahat seperti ini.

Baca juga: “Huge Respect For You Cap!” – Dapat Live Dengan Orang Dari Israel, Ramai Puji Cara Caprice ‘Bantai’ Wanita Ini

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Mak Long Mart platform bantu usahawan kecil

SHAH ALAM – Mencabar diri untuk meneroka industri peruncitan yang dimonopoli khusus­nya golongan lelaki bukan mudah buat Pengasas Mak Long Mart, Datin Hasnah Abd. Samad, apatah lagi beliau tidak berpengalaman luas dalam bidang tersebut. Namun, kerana minat yang mendalam dan mahu me­realisasikan niatnya untuk memudahkan beliau bersedekah kepada golongan kurang berkemampuan membuatkan segala rintangan pada fasa awal pembukaan kedai serbaneka itu tetap diteruskan. Malah, lebih mencabar... Klik untuk baca artikel […]

today17 May 2021