Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Jovian Mandagie Raih Lebih RM200k Hasil Jualan Topeng Muka Derma Ke Palestine

today17 May 2021

Background

Dunia kini sedang digemparkan dengan isu serangan Israel ke Palestine. Perkhabaran ini tentu sahaja membuatkan umat Islam seluruh dunia berasa marah dan bengang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, tambahan pula selepas umat Islam baru sahaja merayakan Aidilfitri. Ada yang memboikot produk-produk yang dibawa dari Israel, dan ada juga yang mengecam tindakan rejim Zionis ini sebagai tanda sokongan penuh ke atas Palestine.

Baca juga: Sweet Qismina Akui Hilang Follower Di Instagram Sejak Berkongsi Tentang Palestine

Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen tempatan menunjukkan sokongan padunya ke atas Palestine dengan cara menjual topeng muka yang bercorakkan bendera Palestine. Apa yang lebih menarik, Jovian tidak mengambil untung walau sesen pun atas jualan topeng muka itu. Jovian berjaya meraih lebih dari RM200,000 dalam masa kurang dari 12 jam dan 100% jualan topeng itu disalurkan kepada rakyat Palestine.

Menurut perkongsian Jovian di laman Instagram, 3000 unit topeng muka yang pertama telah disediakan dan dia kemudian membuat tambahan 1,500 unit lagi. Semuanya habis dijual dalam masa 12 jam. Jumlah kutipan dari 4,500 unit itu adalah RM213,005 dan permintaan topeng muka ini terus meningkat sehingga produksi topeng muka ini tidak dapat menangggung jumlah permintaan orang ramai.

Menurut Jovian lagi, jika topeng muka ini dapat dijual dalam unit yang lebih banyak, jumlah kutipan boleh mencecah RM1 juta dan semuanya dapat disalurkan ke Palestine. Jumlah kutipan hasil jualan topeng muka ini menunjukkan bahawa solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia kepada saudara-saudara di Palestine. Walau pun tidak dapat turun ke padang dan sertai jihad di sana, ini adalah sebaik-baik cara dalam usaha menentang kemungkaran.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata rakan artis dilihat memuji initiatif dan usaha yang dilakukan oleh Jovian. Wargamaya juga turut memberikan sokongan padu terhadap usaha yang dilakukan sehingga ada yang meminta supaya Jovian kembali ‘restock’ topeng muka tersebut.

Kita doakan agar semua urusan dipermudahkan dan wang tunai hasil usaha rakyat Malaysia selamat sampai kepada warga di Palestine.

Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” –  Heliza Helmi Guna Bahasa “F” Untuk Elak Perkongsian Disekat

Sumber: Jovian Mandagie

Written by: Danisyah Dalily


Previous post