
Sejak negara kita dilanda wabak COVID-19, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat kaedah tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit COVID-19 dan lebih dahsyat lagi apabila ianya lebih mujarab daripada suntikan vaksin.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video yang dikatakan boleh merawat penyakit COVID-19 dengan menghidu air rebusan bunga cengkih.
Dalam video yang berdurasi dua minit lebih berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mendakwa ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dan telah sembuh apabila mengamalkan tips menghidu wap air rebusan bunga cengkih berkenaan.