Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Wargamaya Kini Meminta Supaya “Total Lockdown” Dilakukan Segera Susulan Kenaikan Angka Kematian Covid-19

today18 May 2021

Background

Statistik kes Covid-19 semakin membimbangkan terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur. Angka 4 digit ini dikhuatiri akan terus meningkat dari masa ke semasa jika semua pihak gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara). Ura-ura ini telah lama dikhabarkan, namun kemungkinannya untuk terjadi semakin jelas dan perlu kerana keadaan negara yang semakin membimbangkan.

Baca juga: Cabaran pandemik COVID-19 mungkin lebih lama

Meninjau ke laman Twitter, dapat dilihat “total lockdown” mula trending selama beberapa jam malam tadi. Rata-rata wargamaya meluahkan kerisauan dan bersetuju jika “total lockdown” ini dijalankan segera. Wargamaya turut membalas ciapan KKM di laman Twitter rasminya agar pihak mereka menimbangkan perkara ini. KKM kemudian dilihat membalas komen-komen tersebut dengan “mention” MKN.

Perkara ini menarik minat wargamaya dan ia menjadi tular. Beberapa perdebatan dapat dilihat di antara wargamaya. Ada yang berkata dua kementerian ini nampak ibarat suami isteri sedang bergaduh. Namun, ada juga yang berfikiran lebih logik dengan memberikan fakta bahawa tugas KKM adalah menimbang data kesihatan dan memberikan nasihat buat negara bukannya melaraskan “lockdown” buat negara.

KKM kemudian membuat penjelasan bahawa tindakan mereka berbuat sedemikian adalah supaya perkara ini dapat diketengahkan dalam mesyuarat seterusnya dan mereka dapat mencari jalan penyelesaian bersama.

Walaupun rata-rata rakyat berharap agar “total lockdown” ini dijalankan, ada juga yang membantah dan tidak bersetuju ianya dijalankan atas sebab tersendiri. Perbincangan antara pihak atasan dan keputusan rasmi masih belum dikeluarkan. Walau bagaimanapun, diharapkan masa yang diambil untuk membuat keputusan tidak terlalu lama kerana isu ini adalah isu yang perlu segera diselesaikan.

Sementara menunggu keputusan ini, diingatkan bahawa semua pihak perlu mematuhi SOP, memakai pelitup muka serta sanitasi perlu terus diamalkan agar rantaian Covid-19 dapat terputus. Tiada petanda jelas bahawa seseorang itu bakal atau sudah dijangkiti, teruskan kehidupan norma baharu dan sentiasa jaga kesihatan walau di mana jua kita berada.

 

Baca juga: Malaysia Sudah Tenat? Hospital Sungai Buloh Menyediakan Kontena Khas Untuk Penempatan Jenazah COVID-19 

Sumber: KKMTwitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post